Sunday, July 02, 2006

Wanita ghaib dalam rumah

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Sulaiman Salleh
am@hmetro.com.my

SEREMBAN: Misteri kehilangan seorang wanita dipercayai mengalami masalah mental sejak dua tahun lalu masih membelenggu anggota keluarganya berikutan dia 'ghaib' di rumah yang berkunci dari dalam, selain tiada sebarang tanda untuk menemuinya sehingga kini.


Norini Abdul Rahmat, 52, dikatakan hilang ketika menonton televisyen di rumah kakaknya di Batu 8, Pantai, di sini, kira-kira jam 9 malam pada 4 Jun 2004 lalu.

Apa yang membingungkan anggota keluarganya, ketika kejadian itu, anak saudaranya berada di rumah dan masuk ke bilik untuk menyalin baju sebelum mendapati ibu saudaranya yang berada di ruang tamu ghaib.

Turut menjadi tanda tanya, pintu hadapan dan dapur kediaman itu berkunci dari dalam.

Abang ipar mangsa, Md Zali Salam, 57, berkata ketika kejadian itu, dia bersama isteri keluar untuk membeli barang di sebuah pasar raya berhampiran.

“Anak saya berada di rumah bersama Norini yang ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu.

“Sebaik keluar dari bilik, dia mendapati ibu saudara hilang, namun apa yang pelik pintu rumah berkunci dari dalam,” katanya yang ditemui kediamannya di sini, semalam.

Menurutnya, selepas dihubungi anaknya berhubung kehilangan itu, dia cuba mengesan adik iparnya di sekitar jalan raya dan kawasan kampung tetapi gagal.

No comments: