Wednesday, July 26, 2006

Pelajar lumpuh selepas nahas terpaksa lupakan UPSR

Berita Harian, 26 julai 2006

GUA MUSANG: Hasrat seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mohamad Fakhry Petra, di sini, untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun ini tidak tercapai kerana lumpuh selepas dilanggar kereta Januari lalu.

Ibu mangsa, Palidah Ismail, 32, berkata anaknya, Mohd Ismaridzwan Zulkifli, 12, hanya hanya sempat memasuki kelas tahun enam di sekolah itu seminggu saja sebelum dilanggar kereta ketika berdiri di tepi jalan di kampungnya di Pengkalan Kubor, Tumpat.

Katanya, berikutan kejadian itu anak keduanya mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan kaki yang menyebabkan beliau tidak boleh bergerak seperti kanak-kanak normal yang lain.

“Anak saya koma lebih sebulan dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Makan dan minum setiap hari terpaksa disuap dan beliau tidak boleh bercakap, malah kadang-kala tidak sedarkan diri.

“Tak tahulah apa yang perlu saya lakukan lagi untuk menyembuhkannya. Kami hanya mampu berdoa semoga dia cepat sembuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Lembaga di sini, semalam.

Terdahulu, keluarga itu dikunjungi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang, Bazlan Baharuddin yang turut menyumbang bantuan makanan kepada keluarga miskin itu.

Palidah berkata, beliau terpaksa berulang alik ke HUSM untuk rawatan susulan anaknya dan pendapatan suaminya, Zulkifli Husin, 39, sebagai tukang rumah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan rawatan dan kos ulang alik.

“Suami saya mengambil upah membina rumah penduduk yang hanya memperoleh pendapatan RM300 sebulan dan tidak mampu menanggung segala perbelanjaan kami,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur kerana anaknya sedar semula selepas koma lebih sebulan dan anaknya perlu sentiasa diawasi kerana sering mengalami kejang otot.

4 comments:

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

Nice idea with this site its better than most of the rubbish I come across.
»

Anonymous said...

Your website has a useful information for beginners like me.
»