Bangkitlah Wahai OKU Untuk Mencipta Kejayaan
OLEH: ABDUL MALEK BIN HAJI OTHMAN
Masih banyak ruang untuk mengetengah isu OKU supaya nasib mereka terbela tanpa mengira batas dan fahaman politik. Kebanyakan OKU sebenarnya tidak terlibat dengan politik. Mereka lebih menumpukan isu-isu yang melibatkan hak-hak asasi mereka sebagai warganegara
Kebanyakan OKU merasakan diri mereka dipinggirkan atau mereka sengaja menjauhkan diri dari masyarakat biasa. Sifat semulajadi merasa rendah diri dan merasa serba kekurangan memang tertanam dalam diri mereka. Cuma sebahagian kecil sahaja OKU yang mempunyai keyakinan dan ketabahan untuk bersama dengan masyarakat.
Salah satu faktor yang menyebabkan perkara tersebut ialah kurangnya infrastruktur yang mesra OKU, ini menyebabkan kesukaran untuk mereka bergerak. Jadi langkah yang terbaik di ambil ialah menghabiskan masa di dalam rumah sahaja.
Diskriminasi pekerjaan juga perlu dikecilkan jurangnya. Kebanyakan OKU berpendapat hanya dengan makan gaji mereka boleh mendapatkan kestabilan hidup. Jarang di dengar adanya usahawan OKU yang berjaya sehingga ke tahap jutawan. Tiadanya skim khas untuk OKU memulakan perniagaan menyebabkan mereka tiada modal untuk menjalankan perniagaan. Kenapa tidak diadakan kerjasama pintar antara OKU dan orang biasa dalam membuka pernigaan seperti mana kerjasama antara bumiputera dan bukan bumiputera ?
Mungkin satu masa nanti kita akan melihat ada di antara OKU yang akan menjadi Senator atau Wakil Rakyat. Mungkin juga kita akan dapat mengusulkan satu draf undang-undang mengenai pencegahan diskriminasi OKU di Malaysia seperti di
Jika bukan OKU yang memperjuangkan nasibnya sendiri. Siapa lagi yang ingin diharapkan?
No comments:
Post a Comment