Pasangan bisu tunggu pindah ke rumah baru
MARANG: Pasangan suami isteri bisu yang memiliki tiga anak, termasuk sepasang kembar seiras menunggu masa berpindah ke rumah baru menjelang Ogos ini, berikutan tapak rumah mereka termasuk dalam projek pembinaan Pasar Kedai Buluh bernilai RM6 juta, menggantikan pasar lama di kawasan berhampiran.
Sulaiman Jusoh, 50, dan isterinya, Mahani Mat Amin, 49, akur dengan arahan kerajaan negeri untuk berpindah kerana tidak mahu menghalang pembangunan yang akan dijalankan di Kampung Dalam Kedai Buluh, Bukit Payung, di sini.
Keluarga itu tidak mempunyai masalah berpindah kerana kerajaan negeri sudah menyediakan tapak dan bantuan rumah di kawasan berhampiran.
Menurut anak sulungnya, Nur Hamira Natasha, 8, bapa dan ibunya sudah memaklumkan bahawa mereka sekeluarga akan berpindah ke rumah lain.
“Walaupun menggunakan bahasa isyarat, saya memahami apa yang cuba disampaikan mak dan ayah.
“Kami tidak sabar untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa berbanding rumah sekarang ini,” katanya ketika ditemui, semalam.
Nur Hamira Natasha bersama pasangan kembarnya, Nur Hamira Nazuha, 8, dan adik bongsunya, Nurul Soleha, 7, menjadi harapan keluarga terutama membantu ibu dan bapanya untuk berkomunikasi serta membuat kerja rumah sebaik pulang dari sekolah.
Kehidupan mereka tidak semewah insan lain kerana bapanya hanya mencari rezeki dengan mengayuh beca dengan pendapatan kira-kira RM10 sehari.
Selain mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM120 sebulan, mereka sekeluarga turut dibantu masyarakat setempat.
Nur Hamira Natasha berkata, dia dan adiknya masing-masing hanya dibekalkan duit 50 sen untuk perbelanjaan sekolah setiap hari kerana tidak mampu untuk membawa lebih daripada itu.
Dia dan adiknya, masing-masing yang pernah mendapat nombor empat dan dua dalam peperiksaan penggal di Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh, tidak menjadikan alasan kemiskinan untuk tidak ke sekolah.
“Kami dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan dan memiliki ibu bapa yang cacat, tetapi kami tidak patah semangat untuk belajar kerana dengan pendidikan dapat membantu mengubah kehidupan keluarga kami,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, Datuk Dr Abdul Latiff Awang, berkata pemindahan rumah pasangan bisu itu akan dijalankan secepat mungkin kerana bermula Ogos ini, kerja penimbunan tapak akan dijalankan untuk membina sebuah pasar baru di pekan itu.
Katanya, kerajaan sudah menyediakan peruntukan RM7,000 untuk tapak rumah dan RM15,000 bagi penyediaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada keluarga itu.
“Sekarang kerja penimbunan tanah bagi tapak PPRT sedang dijalankan dan mereka dijangka berpindah pada awal Ogos ini,” katanya.

1 comment:
I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us.
»
Post a Comment