Lelaki lumpuh dapat bantuan
MACHANG: Lelaki lumpuh separuh badan yang menarik perhatian ramai kerana mengahwini seorang ibu tunggal muda yang sempurna, semalam menerima alat bantuan ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan.
Bekas buruh, Husmizi Ibrahim, 32, menerima sumbangan bernilai RM11,000 termasuk kerusi roda bermotor dan katil perubatan serta lampin pakai buang daripada Pengarah Perkeso Kelantan, Mohd Rosdi Mat Yassin.
TERIMA KASIH: Husmizi dan
Zuriati Ruhaida melihat
bateri untuk kegunaan
kerusi roda bermotor
yang disumbangkan Perkeso
di Machang, semalam.
Husmizi berkata, bantuan itu mampu meringankan beban isterinya, Zuriati Ruhaida Harun, 28, yang selama ini terpaksa membantu setiap pergerakannya.
"Saya berterima kasih kepada Perkeso yang menyumbangkan kerusi roda canggih ini," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung Alor Melaka, Pulai Chondong di sini, semalam.
Turut hadir, Penolong Pengarah (Faedah), Perkeso Kelantan, Abdul Rahim Jusoh serta Pengurus Malaysian Helthcare Sdn Bhd, Ridwan Ramdass.
Mohd Rosdi berkata, kerusi roda bermotor itu adalah yang pertama disumbangkan Perkeso Kelantan kepada penerima bantuan ilat di negeri ini yang dibuat atas nasihat doktor panel pertubuhan itu.
Katanya, kerusi roda boleh membolehkan pesakit bergerak tanpa perlu bantuan orang lain kerana ia dilengkapi suiz tangan dan menggunakan bateri caj semula.
Awal tahun ini, Husmizi menarik perhatian ramai apabila Berita Harian memaparkan kesediaan Zuriati mengahwininya, meskipun dia lumpuh separuh badan kerana patah tulang belakang akibat kemalangan jalan raya.
Pasangan itu berkenalan ketika Zuriati menemani arwah suaminya, Che Azizi Alias, 31, yang terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana penyakit barah tulang.
Ketika itu, Husmizi dirawat di hospital sama akibat kecederaan parah kerana terbabit dalam kemalangan pada 27 Februari 2002 dan berkawan baik dengan Che Azizi kerana ditempatkan dalam satu wad.
Kini, Husmizi bekerja sambilan membuat kraftangan wau atau layang-layang hiasan di rumahnya sambil menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan di HUSM.

2 comments:
Looks nice! Awesome content. Good job guys.
»
Hey what a great site keep up the work its excellent.
»
Post a Comment