Bekas kerani OKU tunggu pencen sejak 20 tahun
KUANTAN: "Saya tidak pernah menyalahkan kerajaan kerana nasib orang kurang upaya (OKU) sentiasa diberi keutamaan tetapi malangnya kerenah birokrasi yang wujud menyebabkan dasar kerajaan itu gagal dilaksanakan sebaiknya.
"Saya sendiri mengalaminya apabila dirujuk dari satu jabatan ke satu jabatan lain ketika menuntut supaya pencen yang sepatutnya diterima sejak 20 tahun lalu, masih tertangguh sehingga kini," keluh Minah Mohd Daud.
Minah, 61, dari Permatang Badak, di sini yang cacat kedua-dua kaki dan tangan serta menghidap kanser usus dan rahim, berkata sebagai OKU yang hanya bergerak menggunakan kerusi roda, dia tidak mengharapkan layanan istimewa tetapi kerenah birokrasi jabatan kakitangan kerajaan terbabit amat menyedihkannya.
Beliau berkata, dia hanya meminta haknya bagi menampung hidup dan membiayai kos rawatan penyakit kansernya terutama selepas kematian suami, Zainuddin Kassim, lima tahun lalu.
"Saya bekerja sebagai kerani dengan gaji lebih RM700 sebulan di Lembaga Loteri Kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berhenti pada 1986, kerana masalah kesihatan tetapi dijanjikan bayaran pencen.
"Selepas berpuluh kali menghantar surat dan bertemu kakitangan jabatan berkaitan, urusan bayaran pencen saya belum selesai walaupun surat kelulusan pencen itu masih dalam simpanan saya.
“Saya sudah tidak berdaya lagi untuk turun naik ke jabatan berkenaan. Saya tidak kecewa dengan kerajaan, sebaliknya memahami masalah birokrasi yang ada sehingga saya menjadi seperti peminta sedekah," katanya selepas menerima bantuan sumbangan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Malaysia (Makpem), disampaikan Pengerusinya, Datuk Halim Ibrahim. Turut hadir, Pengarah JKM Pahang, Datuk Bakar Mamat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Datuk Abdul Manan Ismail.
Minah berkata, walaupun OKU, dia malu untuk meminta bantuan kerana menyedari lebih ramai orang lain mengalami kecacatan lebih teruk daripadanya.
"Saya takut untuk menceritakan masalah saya, bimbang dikatakan mahu meraih simpati kerana kecacatan saya.
"Bagaimanapun, saya sangat terhutang budi kepada Abdul Manan yang sentiasa membantu terutama ketika saya menjalani rawatan kemoterapi," katanya.
Dia yang fasih berbahasa Inggeris, menggunakan kebolehannya itu mengajar secara percuma kanak-kanak di kawasan perumahan berkenaan mendalami bahasa berkenaan.
Sementara itu, Halim yang juga Pengerusi Persatuan Orag Cacat Pahang berkata, pihaknya akan membantu mengatasi masalah pencen, selain memaklumkan masalah Minah kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
"Saya sudah menghubungi YKN dan meminta supaya Minah diberikan bantuan perubatan bagi meringankan bebannya," katanya.
Oleh Sariha Mohd Ali

No comments:
Post a Comment