Rumah kebajikan di London diperiksa
LONDON: Semua rumah kebajikan untuk golongan kurang upaya di England akan diperiksa oleh badan pemerhati Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) selepas siasatan mendedahkan bukti mengejutkan mengenai penderaan meluas di institusi itu.
Siasatan di rumah kebajikan di Cornwall mendapati golongan kurang upaya yang menderita masalah seperti autisme dan kecacatan otak dibuli, diganggu dan diberi rawatan fizikal menyakitkan selama bertahun-tahun oleh kakitangan NHS sendiri.
Seorang lelaki yang cacat teruk diikat di katilnya atau di kerusi roda selama 16 jam sehari manakala yang lain diarah mandi dengan air sejuk, tidak diberi makan dalam jangka masa panjang dan dikunci berjam-jam dalam bilik mereka.
Sementara sebilangan lagi diberi dadah untuk mengawal tindak tanduk mereka.
Badan penyelia NHS, Suruhanjaya Penjagaan Kesihatan, yang mengadakan siasatan dengan kerjasama Suruhanjaya Pemeriksaan Kebajikan Sosial (CSCI), berkata ia bimbang penderaan yang didedahkan di Cornwall mungkin berlaku secara meluas.
Ketika siasatan, 40 penghuni dirujuk kepada Majlis Mukim Cornwall mengikut prosedur perlindungan golongan cacat dewasa.
Namun laporan menyebut, ‘walaupun bukti jelas serius, tiada satu pun sama ada Dana Perkongsian NHS Cornwall yang mengendalikan rumah kebajikan berkenaan atau majlis mengambil tindakan sesuai untuk memastikan tiada penderaan berlaku di tempat lain.’
Lima kakitangan rumah kebajikan terbabit dipecat berhubung skandal itu.
Terdapat lebih sejuta golongan cacat di Britain dan lebih 100,000 daripadanya ditempatkan di rumah kebajikan yang dibiaya perkhidmatan sosial, organisasi sukarela dan NHS.
Pendedahan penderaan di Cornwall menyusul penutupan rumah kebajikan persendirian bagi golongan cacat dewasa tahun lalu di Norfolk selepas pemeriksaan dibuat oleh suruhanjaya berkenaan.
Dalam kenyataan bersama, ketua eksekutif suruhanjaya, Anna Walker, dan ketua inspektor CSCI, David Behan, berkata: “Siasatan di Cornwall mendedahkan piawaian penjagaan yang tidak dapat diterima. Berikutan itu, adalah menjadi hak untuk bertanya mengenai tahap perkhidmatan di seluruh negara. – Agensi
“Malangnya, Cornwall bukan satu-satunya perkhidmatan yang berdepan dakwaan serius. Contoh penderaan menjadi lambang perkhidmatan yang diabaikan sekian lama.” —Agensi

No comments:
Post a Comment