Pengguna MP3 boleh pekak
Berita Harian, 6 september 2006
LONDON: Alat pemain MP3 yang sebegitu popular ketika ini perlu memaparkan tanda amaran risikonya termasuk boleh menyebabkan penggunanya pekak kerana mendengar terlalu kuat, dakwa sebuah pertubuhan di sini.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, tinjauan terbaru Institut Orang-Orang Pekak Kebangsaan Britain (RNID) membabitkan pengguna MP3 mendapati lapan daripada 10 alat MP3 berkenaan dilengkapi paras bunyi lebih 80 desibel.
Kadar pendengaran normal adalah antara 0 - 20 desibel.
“Penggunanya terutama di kalangan anak muda perlu diberi amaran yang mereka sebaliknya berdepan kemungkinan menjadi pekak pada usia lebih awal disebabkan bunyi yang terlalu kuat sedemikian,” kata ketua eksekutif pertubuhan itu, Dr John Low dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu katanya, pengeluar MP3 bertanggungjawab memastikan pelanggan mereka menyedari risiko akibat perbuatan mereka itu.
“Mereka perlu bekerjasama dengan meletakkan tanda amaran pada bungkusan produk masing-masing.”
Low menegaskan pertubuhan itu bukannya mahu menghalang orang ramai mendengar alat berkenaan atau mengunjungi kawasan lebih bingit seperti di pub, disko dan kelab malam bagi menikmati muzik, tetapi sekadar mahu memastikan pengguna mengambil langkah melindungi diri daripada kesan bunyi muzik kuat.
“Kami sendiri sedia maklum yang anak muda hari ini mungkin hilang pendengaran pada usia awal kerana suka mendengar bunyi bingit muzik yang terlalu lama pada alat pemain MP3 mereka.
“Masalah pekak berlaku apabila seseorang itu bertindak mendengar muzik terlalu kuat pada tempoh amat lama. Malah, kedengaran bunyi desing dan dering dalam telinga adalah tanda amaran yang pendengaran seseorang itu berkemungkinan bermasalah.” – Agensi

No comments:
Post a Comment