Edisi Selatan : Tuntut hak
Harian Metro, 4 September 2006
Oleh Mary Victoria Dass
Oleh Mary Victoria Dass
JOHOR BAHRU: "Saya pelik majikan boleh lepas tangan selain menafikan saya pekerjanya sedangkan ada surat pengesahan bekerja daripada syarikat berkenaan," dakwa seorang warga kurang upaya, A Sivakumar, 32, kelmarin.
Sivakumar kecewa kerana gagal memperoleh tuntutan Pencen Ilat biarpun sudah beberapa kali membuat permohonan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Malah, buruh itu turut gagal mendapat sebarang pampasan yang sesuai bagi keilatan menimpanya akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lalu.
"Permohonan saya ditolak beberapa kali menyebabkan perbelanjaan dan keadaan keluarga termasuk pembiayaan persekolahan anak-anak terjejas teruk.
"Lebih mengejutkan saya, kami dimaklumkan baru-baru ini bahawa permohonan saya tidak diluluskan kerana majikan mendakwa saya bukan pekerja di syarikat mereka.
"Maklumat tidak tepat syarikat yang mendakwa saya tidak pernah bekerja di situ menyebabkan anak isteri saya terpaksa menanggung kesusahan kerana permohonan Perkeso ditolak," katanya.
Sivakumar mendakwa, usahanya untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan menemui jalan buntu apabila mereka enggan bekerjasama dan memberi maklum balas.

No comments:
Post a Comment