Cacat tidak halang rentas selat
Berita Harian, 6 september 2006
JOHOR BAHRU: Mohd Rais Abu Bakar, 14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara II berjaya membuktikan bahawa kecacatan bukan halangan baginya berenang sejauh 1.2 Kilometer (KM) merentasi Selat Tebrau sehingga ke sempadan Singapura.
Mohd Rais yang pertama kali menyertai program itu berkata, beliau pada mulanya berasa takut untuk meneruskan hasratnya tetapi dengan sokongan dan dorongan perserta lain, akhirnya berjaya menamatkan renangnannya.
“Mula-mula turun ke air ada juga perasaan takut, tetapi apabila tiba di sempadan Singapura, perasaan takut itu hilang, malah saya terus bersemangat untuk berenang kembali ke pantai.
“Saya kagum dengan kegigihan perenang negara Datuk Abdul Malik Maidin yang berjaya mengharumkan nama negara satu ketika dahulu dan berharap untuk menjadi sepertinya satu hari nanti,” katanya.
Beliau bersama 138 yang lain menyertai program renang ‘9th Swim For Fun 2006’ anjuran Persatuan Penyelamat Kelemasan, di sini, semalam.
Selain beliau, turut menyertai program itu adalah peserta paling muda, Ahmad Musoddiq Salahusin, 5, dan peserta warga emas, Lee Jee Sun, 62.
Pengerusi Persatuan Penyelamat Kelemasan Johor, Jefrey Aziz, berkata program sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-49 itu mendapat sambutan di luar jangkaan daripada peserta tempatan serta luar negara.
Katanya, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya mempunyai kemahiran berenang.
“Selain itu, melalui penganjuran acara ini, secara tidak langsung dapat memupuk minat orang ramai terhadap sukan renang serta dapat mempromosikan Stulang Laut sebagai satu daripada kawasan riadah di bandar ini,” katanya.
Program itu dirasmikan penaung persatuan, Tunku Shahariah Tuanku Abdul Rahman.

No comments:
Post a Comment