Thursday, November 02, 2006

Penjodohan Kerja ( ELX)

Asalamualaikum dan salam sejhatera.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah memperkenalkan
sistem penjodohan kerja melalui internet ( Electronic Labour
Exchange) atau Bursa Buruh Elektronik.

objektif:

Meningkatkan mobilisasi tenaga kerja tempatan di samping
mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja negara melalui penjodohan
kerja dan kekosongan jawatan yang sistematik.

Jenis Pendaftaran

1. Pendaftaran Majikan atau Pencari Kerja
2. Pendaftaran Jawatan Kosong

Bagaimana?

langkah yang perlu diikuti ialah:-

1. Buka pelayar laman web dan taipkan alamat laman web berikut:-

http://www.elx.gov.my

2. Klik pada "sistem penjodohan pekerjaan"

3. Masukkan maklumat di dalam borang pendaftaran

4. Klik " Mencari kerja dan permohonan untuk mencari pekerjaan

5. Anda boleh memohon mana mana jawatan yang diminati

6. Pastikan anda sentiasa menyemak "Bakul masuk (Intray)" untuk
melihat dan mengemaskini status permohonan anda. Anda juga akan
menerima email penjodohan kerja dari masa ke semasa.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Tenaga Kerja di negeri
masing-masing atau ibupejabat JTKM di 03-88865000 atau email terus
ke jtksm@mohr.gov.my

No comments: