JKM sedia bantu Putera Marzuqi
Berita Harian, 3 Oktober 2006
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia membantu Putera Marzuqi Hue Haris Hue, 3, selepas ganti rugi lebih RM500,000 yang diperolehnya, diperintah dikembalikan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia membantu Putera Marzuqi Hue Haris Hue, 3, selepas ganti rugi lebih RM500,000 yang diperolehnya, diperintah dikembalikan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya akan meneliti kategori bantuan sesuai untuk kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat empat Flet Sri Melaka, Disember lalu.
“Keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah hal antara kanak-kanak itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bagaimanapun bagi JKM, kita sanggup bantu jika tidak ada pihak yang tampil meringankan bebannya dan keluarga,” katanya selepas Program Nur Hidayah - Tadarus dan Khatam al-Quran di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, semalam.
Lebih 150 golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Penaung Kumpulan Wanita masjid berkenaan, Tun Rahah Noah dan Pengerusi masjid itu, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan wang ganti rugi RM500,000 yang diperoleh kanak-kanak itu yang menyaman Datuk Bandar Kuala Lumpur kerana cuai, dikembalikan kepada Datuk Bandar.
Ini berikutan permohonan Datuk Bandar untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar dikenakan terhadapnya, dibenarkan mahkamah 6 Julai lalu.
Kanak-kanak itu dia tergelincir dan terjatuh dari tingkat empat melalui celah palang besi tangga yang rosak 20 Disember 2005. Akibat kejadian itu, Putera Marzuqi tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital selama tujuh hari kerana keretakan tengkorak serta bengkak di otak dan badannya.
Shahrizat berkata, pegawai JKM akan diarahkan menemui keluarga kanak-kanak itu dalam masa terdekat.
“Kita juga ada bantuan pelajaran untuk meringankan beban keluarganya selain kategori kesihatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment