Tuesday, August 29, 2006

Edisi Timur: Lelaki kelar leher, lengan

Harian Metro,29 ogos 2006

Oleh Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang mengalami tekanan mental dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar leher dan kedua-dua tangannya menggunakan pisau cukur di rumahnya di Taman Damar, dekat sini, malam kelmarin.

Lelaki lingkungan berusia 40-an itu dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik oleh seorang ahli keluarganya kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM), kira-kira jam 8.30 pagi dan keadaannya dilaporkan stabil.

Berikutan kejadian itu, mangsa terpaksa menerima 17 jahitan termasuk 11 di leher dan masing-masing tiga di pergelangan tangan kanan dan kiri.

Seorang ahli keluarganya yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, mangsa mempunyai seorang isteri dan tiga anak tinggal di rumah itu sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, mangsa dikatakan kerap mengalami tekanan mental dan selalu menelan ubat bagi menenangkan fikiran, tetapi ketika kejadian dia dikatakan terlupa untuk menelan ubat.

“Boleh dikatakan setiap malam mangsa tidur dalam bilik berasingan daripada isteri dan anak mereka, malah kejadian itu hanya disedari pagi tadi (semalam) apabila tidak bangun dari tidur untuk pergi kerja.

“Mangsa bekerja di kilang papan kawasan perindustrian di sini dan kejadian disedari seorang anggota keluarga yang membuka pintu biliknya sebelum mendapati mangsa dalam keadan separuh sedar dengan darah kering di sekelilingnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Asistem Superintendan, Kamarulzaman Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

No comments: