A Code of Practice for Employment of People with Disabilities in the Private Sector was launched in Malaysia recently in connection with the National Day of People with Disabilities.
Below is the full original text of the Code:
KOD AMALAN PENGGAJIAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI SEKTOR SWASTA
(Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia Kementerian Sumber Manusia)
PERUTUSAN MENTERI SUMBER MANUSIA
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia di atas usaha dan kerjasama dengan lain-lain agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan majikan, kesatuan sekerja, pertubuhan orang kurang upaya (OKU), pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), pakar penyelidik yang telah menyiapkan sebuah Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya (OKU) Di Sektor Swasta. Saya amat berharap agar hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk mengintegrasikan OKU ke dalam masyarakat melalui penglibatan mereka dalam pekerjaan akan tercapai dengan pewujudan Kod Amalan ini.
Dalam menikmati kehidupan yang selesa daripada kemakmuran negara, kita tidak harus sama sekali melupakan mereka yang kurang upaya. Saya pasti bahawa semua OKU sebolehnya tidak mahu bergantung semata-mata kepada bantuan dan belas ehsan dari orang lain. Mereka juga mahu bekerja, berdikari dan berasa bangga dapat bersama menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara. Saya percaya masih ramai lagi OKU yang mampu melaksanakan pelbagai jenis pekerjaan jika diberi peluang dan kesempatan. Sudah ternyata bahawa terdapat ramai pekerja OKU yang bukan sahaja setanding tetapi juga dapat menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi daripada pekerja lain.
Saya menyeru para majikan supaya berusaha untuk mengambil tenaga kerja OKU yang belum digunakan sepenuhnya sebagai langkah mengintegrasikan mereka di dalam pekerjaan. Dengan adanya Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya (OKU) Di Sektor Swasta, saya percaya ianya akan dapat meningkatkan lagi penempatan OKU di dalam pekerjaan di sektor swasta.
Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama yang telah diberi bagi menjayakan pengubalan kod ini. Kejayaan ini hendaklah diteruskan dengan tindakan susulan yang lebih komprehensif untuk merealisasikan dan tercapai segala matlamat yang ditetapkan.
DATUK DR. FONG CHAN ONN
MENTERI SUMBER MANUSIA
9 November 2001
KANDUNGAN
01. PENDAHULUAN
02. OBJEKTIF
03. SKOP
04. DEFINISI ORANG KURANG UPAYA
05. MEKANISME PELAKSANAAN
5.1.1 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA TEKNIKAL
PENGGALAKAN PENGGAJIAN OKU DI SEKTOR
SWASTA PERINGKAT KEBANGSAAN
5.1.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
TEKNIKAL PENGGALAKAN PENGGAJIAN OKU DI
SEKTOR SWASTA PERINGKAT KEBANGSAAN
5.1.3 JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGGALAKAN
PENGGAJIAN OKU DI SEKTOR SWASTA
PERINGKAT NEGERI
5.1.4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
TEKNIKAL PENGGALAKAN PENGGAJIAN OKU DI
SEKTOR SWASTA PERINGKAT NEGERI
06. PENGURUSAN PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN
OKU DI TEMPAT KERJA
07. TANGGUNGJAWAB JABATAN BURUH
08. TANGGUNGJAWAB MAJIKAN YANG AKAN ATAU
SEDANG MENGGAJI OKU
09. TANGGUNGJAWAB PERTUBUHAN OKU
10. TANGGUNGJAWAB OKU
11. ALAMAT JABATAN BURUH DI SEMENANJUNG
MALAYSIA
12. PENGHARGAAN
KOD AMALAN PENGGAJIAN ORANG KURANG UPAYA
(OKU) DI SEKTOR SWASTA
01. PENDAHULUAN
Adalah dianggarkan sekurang-kurangnya 1% (220,000) daripada penduduk Malaysia terdiri dari orang kurang upaya (OKU). Namun demikian daripada jumlah ini hanya seramai 99,000 OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Daripada jumlah tersebut hanya 4,316 (1990 hingga Ogos 2001) OKU sahaja berjaya ditempatkan bekerja di sektor swasta oleh Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi lain.
Menyedari hakikat bahawa OKU juga merupakan insan biasa yang perlukan pekerjaan untuk berdikari dan boleh bersama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara, pada tahun 1990, Jawatankuasa Kebangsaan Penggalakan Penggajian Orang Kurang Upaya Di Sektor Swasta telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia dan dianggotai oleh agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja serta pertubuhan OKU. Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa ini. Matlamat penubuhan Jawatankuasa tersebut adalah untuk menggalakkan majikan di sektor swasta memberi peluang pekerjaan kepada OKU. Semua pihak adalah bertanggungjawab mempastikan OKU mendapat peluang yang sama dalam bidang sosial dan ekonomi di negara ini. Bagi merealisasikan hasrat ini pada 16 Mei 1994 Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menandatangani deklarasi dekad OKU selaras dengan usaha ke arah mewujudkan masyarakat penyayang.
Dalam melaksanakan usaha murni ini berbagai masalah dan rintangan telah dikenalpasti antaranya ialah persepsi negatif masyrakat terhadap kemampuan OKU untuk bekerja serta keberatan majikan mengambil OKU untuk bekerja. Memandangkan terdapat pelbagai kategori OKU dengan tahap keupayaan yang berlainan adalah wajar bagi kita meneliti cara menempatkan mereka dalam pekerjaan yang paling sesuai. Kerajaan bersama-sama dengan organisasi yang lain sentiasa meneruskan usaha dan mencari pendekatan baru bagi membantu mereka.
Amat tepat masanya satu Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya (OKU) Di Sektor Swasta digubal. Kod amalan ini mengandungi prosedur lengkap tentang tatacara pendaftaran dan penempatan OKU secara keseluruhannya. Draf kod tersebut adalah hasil daripada sesi percambahan fikiran yang telah diadakan pada 2 Ogos 2001 antara agensi Kerajaan , pertubuhan majikan, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan Kerajaan dan para penyelidik dari pusat pengkajian tinggi.
Segala usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan bagi membangun dan menempatkan OKU di bidang pekerjaan, perlu mendapat kerjasama yang ikhlas dan bersungguh-sungguh dari OKU, pertubuhan OKU, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan Kerajaan yang lain terutamanya di dalam mengumpul maklumat untuk penyediaan pengkalan data OKU yang mencari pekerjaan supaya usaha tersebut akan menghasilkan pencapaian yang dihasratkan. Pihak Kerajaan berharap mendapat kerjasama dan sokongan yang padu daripada semua pihak bagi merealisasikan program ini.
02. OBJEKTIF
i) Sebagai garis panduan kepada agensi Kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan-pertubuhan OKU serta OKU sendiri, untuk pendaftaran dan penempatan OKU yang berkeupayaan bekerja di sektor swasta;
ii) Meningkatkan kesedaran majikan di sektor swasta untuk memberi peluang pekerjaan kepada OKU; dan
iii) Memupuk semangat dan kesedaran supaya OKU menyiapkan diri dengan keupayaan, kelayakan dan kemahiran untuk bersaing di sektor pekerjaan agar dapat bersama menyumbang ke arah pembangunan negara.
03. SKOP
i) Majikan di sektor swasta yang berpotensi memberi peluang pekerjaan;
ii) Majikan yang sedang menggaji OKU;
iii) OKU yang berkeupayaan, berkelayakan dan berkemahiran bekerja;
iv) OKU yang sedang bekerja;
v) Agensi dan Jabatan Kerajaan pelaksana; dan
vi) Pertubuhan majikan, kesatuan sekerja, pekerja, pertubuhan OKU dan pertubuhan bukan Kerajaan.
04. DEFINISI ORANG KURANG UPAYA
Individu Yang mengalami kecacatan fizikal atau kecacatan akal yang berbangkit sama ada secara semulajadi atau akibat kecelakaan atau penyakit tetapi mereka boleh menjalankan pekerjaan.
05. MEKANISME PELAKSANAAN
5.1 Bagi menerajui aktiviti pendaftaran dan penempatan OKU di sektor swasta satu Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Di Peringkat Kebangsaan ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Buruh Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Peringkat Negeri dengan dipengerusikan oleh Pengarah Buruh Negeri juga ditubuhkan. Komposisi keanggotaan kedua-dua jawatankuasa adalah terdiri daripada agensi Kerajaan, pertubuhan majikan, kesatuan sekerja, pertubuhan OKU dan pertubuhan bukan Kerajaan. Jabatan Buruh adalah sebagai urusetia keseluruhan pelaksanaan program ini.
5.1.1 Keanggotaan Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Peringkat Kebangsaan.
Pengerusi: Ketua Pengarah Buruh.
Ahli-ahli: Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Jabatan Tenaga Rakyat.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan.
Kementerian Perumahan & Kerajaan
Tempatan.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jabatan Penerangan Malaysia.
PERKESO.
Malaysian Confederation of the
Disabled (MCD).
Majlis Pemulihan Malaysia (MCR).
Persekutuan Majikan-Majikan
Malaysia (MEF).
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC).
Persekutuan Pengilang-Pengilang
Malaysia (FMM).
5.1.2 Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Peringkat Kebangsaan..
(i) Membantu mengubal dasar-dasar pelaksanaan pendaftaran dan penempatan pekerjaan OKU di sektor swasta;
(ii) Memantau pelaksanaan dasar penggajian OKU supaya ianya dapat dijalankan dengan berkesan;
(iii) Mengatur strategi yang perlu bagi menangani masalah yang timbul dari masa ke semasa;
(iv) Mengkaji dan menyelesaikan masalah yang berbangkit khususnya yang dikemukakan oleh Jawatankuasa peringkat negeri; dan
(v) Memantau dan menentukan pengurusan pengkalan data OKU di peringkat negeri dan kebangsaan sentiasa dikemaskinikan.
5.1.3 Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Peringkat Negeri.
a) Pengerusi: Pengarah Buruh Negeri.
b) Ahli-ahli: Penolong Pengarah Buruh Kanan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Jabatan Pendidikan.
Jabatan Kesihatan.
Jabatan Tenaga Rakyat.
Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan.
PERKESO.
Pertubuhan/Persatuan OKU.
Malaysian Confederation of
the Disabled (MCD).
Majlis Pemulihan Malaysia
(MCR).
Persekutuan Majikan-Majikan
Malaysia (MEF).
Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC).
Persekutuan Pengilang-
Pengilang Malaysia (FMM).
5.1.4 Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Peringkat Negeri.
(i) Melaksanakan dasar pendaftaran dan penempatan pekerjaan OKU di sektor swasta;
(ii)Memantau pelaksanaan dasar penggajian OKU;
(iii)Melaksanakan serta mengatur strategi yang perlu bagi menangani masalah dari masa ke semasa;
(iv) Melaporkan aktiviti penempatan OKU kepada Jawatankuasa Kebangsaan;
(v) Mengurus dan mengemaskini pengkalan data; dan
(vi) Membantu OKU mendapatkan kemudahan latihan untuk meningkatkan kemahiran diri.
06. PENGURUSAN PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN OKU DI TEMPAT KERJA
6.1 Pendaftaran OKU.
Pendaftaran perlulah dibuat dengan menggunakan Borang �P� yang boleh didapati dari:
(i) Jabatan Buruh.
(ii) Jabatan Kebajikan Masyarakat.
(iii) Jabatan Tenaga Rakyat.
(iv) PERKESO.
(v) Pertubuhan atau Persatuan OKU.
(vi) Pejabat Penghulu.
6.1.1 Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Buruh atau OKU hadir sendiri di Jabatan Buruh berdekatan untuk proses pendaftaran.
6.1.2 Borang pendaftaran hendaklah dikemukakan bersama salinan kad pengenalan diri OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika ada).
6.1.3 Jabatan Buruh akan memberi akuan terima pendaftaran selepas pendaftaran OKU siap diproses.
6.2 Pendaftaran majikan yang berpotensi menggaji OKU
6.2.1 Majikan boleh mendaftar dengan menggunakan Borang �M� yang boleh didapati dari:
i) Jabatan Buruh.
ii) Jabatan Kebajikan Masyarakat.
iii) Jabatan Tenaga Rakyat.
iv) PERKESO.
v) Pertubuhan atau Persatuan OKU.
vi) Pejabat Penghulu.
6.2.2 Borang yang telah lengkap diisi oleh majikan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Buruh atau majikan hadir sendiri di Jabatan Buruh berdekatan untuk proses pendaftaran.
6.2.3 Jabatan Buruh akan memberi akuan terima pendaftaran kepada majikan selepas pendaftaran siap diproses.
6.3 Pengurusan maklumat dan pengkalan data.
Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia dan Jabatan Buruh Negeri adalah bertanggungjawab melaksanakan tugas merekod, mengurus dan mengemaskinikan pengkalan data.
6.3.1 Maklumat diri pencari kerja:
i) Maklumat peribadi, kelayakan akademik, kemahiran dan pengalaman OKU yang sentiasa dikemaskini.
ii) OKU yang berjaya mendapat kerja atas usaha sendiri perlu memaklumkan kepada urusetia bagi tujuan rekod.
6.3.2 Maklumat tentang majikan:
i) Profail syarikat termasuk nama, alamat, telefon, fax dan e-mail.
ii) Maklumat tentang penempatan OKU yang digajikan:
a) Nama dan jawatan yang disandang, kategori kecacatan. Tarikh mula bekerja dan program �suaikenal� yang telah dihadiri oleh pekerja.
b) Kesesuaian lokasi tempat kerja untuk OKU.
c) Kemudahan dan peralatan yang sesuai untuk OKU.
6.3.3 Maklumat kekosongan jawatan:
a) Deskripsi jawatan kosong.
b) Kelayakan dan kemahiran yang diperlukan.
c) Kesesuaian jawatan kosong untuk OKU.
d) Lokasi tempat kerja.
6.4 Penempatan OKU
Jabatan Buruh dan agensi-agensi lain hendaklah membantu membuat penjodohan kerja (job � matching) berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi dan kemukakan calon sesuai kepada majikan yang berpotensi dan membantu melaksanakan program temuduga.
07 TANGGUNGJAWAB JABATAN BURUH
i) Mendaftar OKU yang berupaya bekerja dan pekerja OKU yang sedang digajikan;
ii) Mendaftar majikan yang berpotensi memberi pekerjaan dan yang sedang menggaji OKU;
iii) Mewujudkan satu unit khusus di Jabatan Buruh (Ibu Pejabat) untuk tujuan menyelaraskan aktiviti-aktiviti �pre-placement, placement and postplacement�;
iv) Melaksanakan penjodohan pekerjaan dari masa ke semasa;
v) Mengadakan program dan lawatan promosi untuk menggalakkan majikan menggaji OKU; dan
vi) Mengemaskini dan memantau rekod pendaftaran dan penempatan.
08 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN YANG AKAN ATAU SEDANG MENGGAJI OKU
8.1 Menyediakan suasana tempat kerja yang selamat dan mesra OKU serta memastikan penyediaan kemudahan asas yang diperlukan oleh pekerja OKU;
8.2 Menggaji OKU atas asas keupayaan, kelayakan, kemahiran dan produktiviti;
8.3 Menganjurkan program berterusan mengenai komunikasi dan interaksi yang berkesan kepada pihak pengurusan, pekerja dan OKU;
8.4 Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah-masalah OKU di tempat pekerjaan serta melaporkan kepada Jabatan Buruh yang berdekatan mengenai masalah OKU yang tidak dapat diselesaikan; dan
8.5 Membekalkan maklumat mengenai peluang pekerjaan untuk OKU dan maklumat penggajian baru, sedia ada dan penamat kerja OKU ke Jabatan Buruh yang berdekatan.
09 TANGGUNGJAWAB PERTUBUHAN OKU
i) Mengemukakan kepada Jabatan Buruh Negeri yang berdekatan maklumat calon OKU yang berkeupayaan, berkelayakan dan berkemahiran untuk bekerja;
ii) Memberi khidmat nasihat dan menyediakan calon OKU untuk ditemuduga oleh majikan yang menawarkan pekerjaan;
iii) Mengemukakan maklumbalas mengenai penempatan OKU kepada Jabatan Buruh Negeri yang berdekatan;
iv) Mengadakan latihan dan khidmat kaunseling kepada OKU di bawah jagaan masing-masing; dan
v) Memastikan latihan yang disediakan oleh pertubuhan OKU bersesuaian dengan kehendak pasaran buruh.
10 TANGGUNGJAWAB OKU
i) Mendaftar di Jabatan Buruh yang berdekatan;
ii) Menyediakan diri menghadiri program latihan sebelum bekerja yang dianjurkan oleh agensi pelaksana dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan;
iii) Menghadiri temuduga yang telah ditetapkan;
iv) Bersedia menghadapi cabaran dalam pekerjaan, sanggup bersaing dan bekerjasama serta mematuhi segala peraturan dan panduan di tempat kerja;
v) Berbincang dengan majikan atau kesatuan sekerja (jika ada) sekiranya menghadapi masalah di tempat kerja; dan
vi) Melibatkan diri di dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pihak majikan.
11 ALAMAT JABATAN BURUH DI SEMENANJUNG MALAYSIA:
Ibu Pejabat Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(D/L) 03-88865000
(T.Kerja) 03-88889111
No. Fax: 03-88892368
E-mail: labdep@po.jaring.my
Jabatan Buruh Negeri, Wilayah Persekutuan,
Tingkat 9, Menara PERKESO,
281 Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur
(D/L) 03-42576767
(T.Kerja) 03-42579111
No. Fax: 03-42581501
E-mail: labdepwpkl@tm.net.my
Jabatan Buruh Negeri, Selangor,
Wisma Tractor, Tingkat 2, East Wing,
Lot B210 & C208,
No 7 Jalan SS16A, Subang Jaya,
Petaling Jaya.
Selangor
(D/L) 03-56384535
(T.Kerja) 03-56329111
No.Fax: 03-7328259
E-mail: labdepselangor@po.jaring.my
Jabatan Buruh Negeri, Pulau Pinang,
Tingkat 2, Bangunan Tuanku Syed Putra
10300 Pulau Pinang
(D/L) 04- 2613123/2625536
(T.Kerja) 04-2639111
No. Fax: 04-2638605
E-mail: jbpp@tm.net.my
Jabatan Buruh Negeri, Kedah/Perlis
Tingkat 3, Wisma Persekutuan,
Jalan Kampung Baru,
05532 Alor Setar, Kedah
(D/L) 04- 7322215/7300700
(T.Kerja) 04-7319111
No. Fax: 04-7301952
E-mail: labkedah@tm.net.my
Jabatan Buruh Negeri, Perak
No. 2A3, 2A4 & 2C1, Tingkat 2,
Blok A, Bangunan Gunasama Persekutuan,
Ipoh (Greentown)
30430 Ipoh, Perak
(D/L) 05-2547872/2549405
(T.Kerja) 05-2549111
No.Fax: 05-2554031
E-mail: jbbur@tm.net.my
Jabatan Buruh Negeri, Negeri Sembilan,
Tingkat 3, Kompleks Pejabat-Pejabat
Kerajaan Persekutuan,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan
(D/L) 06-7616517/06-7632459
(T.Kerja) 06-7249111
No. Fax: 06-7616316
E-mail: jbns@tm.net.my
Jabatan Buruh Negeri, Melaka
Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
Jalan Hang Tuah, Peti Surat 67,
75300 Melaka
(D/L) 06-2824163/2824651/2824099
(T.Kerja) 06-2829111
No. Fax: 06-2825434
E-mail: jobmal@tm.net.my
Jabatan Buruh Negeri, Johor,
Tingkat 3, Blok A, Wisma Persekutuan,
Jalan Ayer Molek,
80000 Johor Bahru, Johor.
(D/L) 07-2230594/2243188/2243189
(T.Kerja) 07-2229111
No. Fax: 07-2232303
E-mail: labdept@tm.net.my
Jabatan Buruh Negeri, Pahang,
Tingkat 11, Bangunan Persekutuan,
Jalan Gambut,
25532 Kuantan, Pahang.
(D/L) 09-5527016/5522144
(T.Kerja) 09-5159111
No. Fax: 09-5553606
E-mail: jbpahang@tm.net.my
Jabatan Buruh Negeri, Terengganu,
Jalan Air Jernih,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu
(D/L) 09-6233450/6234781
(T.Kerja) 09-6239111
No. Fax: 09-6239659
E-mail: Jbktpbnt@tm.net.my
Jabatan Buruh Negeri, Kelantan,
Tingkat 11, Bangunan Persekutuan,
Jalan Bayam,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
(D/L) 09-7485078/7482506
(T.Kerja) 09-7479111
No. Fax: 09-7474506
E-mail: buruhkel@tm.net.my
Pejabat Buruh Wilayah Persekutuan Labuan,
Tingkat 6, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan,
Jalan Merdeka,
87007 Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah.
(D/L) 087-412753
(T.Kerja) 087-429111
No. Fax: 087-422529
12 PENGHARGAAN
Kod Amalan Penggajian OKU Di Sektor Swasta telah digubal oleh Jabatan Buruh dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja, pertubuhan OKU, para akademik yang khusus di dalam bidang OKU serta pertubuhan bukan Kerajaan (NGO).
Kementerian Sumber Manusia merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kerajaan yang berkaitan, pertubuhan dan individu-individu atas sumbangan bernas dan bernilai sepanjang perbincangan merangka draf kod amalan sehingga berjaya disediakan. Organisasi yang menjadi ahli Jawatankuasa Teknikal Penyediaan Kod Amalan Penggajian OKU Di Sektor Swasta ialah seperti berikut:
ChipPac (M) Sdn.Bhd.
Disability Research Centre (DRC)
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Tenaga Rakyat
Jawatankuasa Penyelaras Program Pemulihan Dalam Komuniti Kebangsaan
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kelab Rotary Malaysia
KFC (M) Sdn.Bhd.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Majlis Pemulihan Malaysia (MCR)
Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)
Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB)
Persekutuan Orang Pekak Malaysia
Tan Chong Motor Assemblies Sdn.Bhd.
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia - Urusetia