Putera tak putus asa anjur program OKU
Oleh Mustafa Ngah Mansor
PARIT: Putera Umno semalam menolak dakwaan Program Pemuda Umno Prihatin yang giat dilaksanakan ketika ini sebagai program retorik dan membazir masa golongan muda.
Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abd Rahim, berkata Putera Umno tidak akan mengalah dengan tuduhan sedemikian, sebaliknya akan meneruskan aktiviti kebajikan membabitkan kepentingan rakyat terutama golongan kurang bernasib baik.
“Kita bergerak secara berterusan, tidak bermusim dan melakukannya bukan kerana hampir dengan pilihan raya. Kita membelanjakan RM200,000 untuk menyampaikan sumbangan dan wang tunai kepada golongan orang kurang upaya (OKU).
"Menerusi program itu, kita menterjemahkan semangat Putera Umno dalam menangani pelbagai masalah rakyat khususnya di luar bandar," katanya selepas menyampaikan bantuan enam kerusi roda, barang keperluan dan wang tunai kepada OKU di Kampung Dusun Hulu, di sini, semalam.
Sebelum itu, Abdul Azeez menyampaikan sumbangan barangan elektrik untuk keperluan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Chenderong Balai, dekat Pasir Salak dan barang keperluan harian termasuk lampin pakai buang kepada gadis lumpuh, Nor Aini Mohd Yusof, 28, di Kampung Tengah, Kampung Gajah.
Hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharuddin dan Pengerusi Putera Umno Perak, Yadzan Mohamad.
Abdul Azeez berkata, semua kegiatan dilakukan adalah pada landasan betul dan tepat dalam menggalas tanggungjawab untuk menceriakan suasana hidup rakyat terutama OKU.
“Program ini menjadi agenda utama perjuangan kami untuk mengangkat martabat rakyat dan negara ke arah kecemerlangan," katanya.
Abdul Azeez berkata, selepas program itu, Putera Umno akan memulakan program kedua iaitu kempen pendidikan jalan raya terutama membabitkan murid sekolah dan kolej di seluruh negara.

No comments:
Post a Comment