Pakej Khas untuk Golongan Istimewa (TM)
Di TM, kami sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menikmati setiap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh kami. Kami juga mempunyai tekad yang tinggi untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi setiap pelanggan yang layak di mana sahaja mereka berada. Anda sebagai Golongan Istimewa juga tidak terkecuali.
Bersempena dengan budaya penyayang korporat dalam memenuhi kehendak pelanggan, kami menawarkan pakej insentif kepada golongan istimewa yang dikenali sebagai "Pakej Penyayang"
Tawaran Menarik
Sewa bulanan PERCUMA | |
Panggilan ke Perkhidmatan Direktori 103 PERCUMA | |
Kemudahan Tambahan PERCUMA (Panggilan Menunggu atau Pemindahan Panggilan) |
*Nota: Terhad kepada satu talian bagi setiap seorang pelanggan kediaman.
Cara Memohon
Untuk memohon pakej, golongan istimewa atau pemohon boleh mengunjungi TMpoint yang berdekatan dan sila bawa :-
Golongan Istimewa
Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya | |
Kad Pengenalan | |
Salinan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya dan Kad Pengenalan |
Ibu bapa atau Penjaga
Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya | |
Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Orang Kurang Upaya | |
Kad Pengenalan Pemohon | |
Salinan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya dan Kad Pengenalan milik Orang Kurang Upaya dan juga pemohon | |
Surat sokongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana badan kerajaan. |
Syarat-syarat dan peraturan
Tawaran ini hanya untuk Golongan Istimewa yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sahaja | |
Pemohon mestilah mempunyai Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat beserta dengan maklumat diri pemohon | |
Pemohon hanya layak bagi SATU talian telefon sahaja | |
Telefon akan dipasang berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon | |
Pemohon mestilah mengepilkan bersama-sama salinan kad pengenalan diri Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kad pengenalan diri kebangsaan | |
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah masih boleh memohon di bawah nama Ibubapa atau penjaga yang sah beserta surat sokongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana badan kerajaan bersama-sama dengan salinan kad pengenalan diri kebangsaan atau sijil kelahiran | |
Permohonan boleh dibuat melalui TMpoint atau Pejabat Jualan Telekom Tempatan. |
1 comment:
Saya seorang OKU baru berkunjung ke TM Point Damansara Utama pada 1 Feb 2024 antara pukul 12pm-1pm untuk memperbaharui kontrak package OKU yang dikecualikan sewa bulanan Dan lain-lain keistimewaan yang ditawarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia saya selepas Dua tahun..
Selepas bersusah-payah saya sebagai OKU panjat tangga ketingkat 2 namun diberitahu oleh pegawai TM Point bahawa pengurus Kedai di TM Point Damnsara Utama telah membuat keputusan bahawa package Penyayang package OKU tidak akan diteruskan Dan saya disuruh untuk melanggan package yang bernilai RM25 setiap bulan padahal package Penyayang itu Masih lagi berkuat-kuasa, jadi saya berharap agensi Kerajaan yang BERKEKENAAN boleh menolong memastikan package ini diteruskan kerana ini merupakan kemudahan-kemudahan AMAL yang DUKHASKAN kepada golongan OKU. Sekian ribuan terima kasih. SemoganAgensi Kerajaan Malaysia yang BERKEKENAAN boleh membantu dalam masyalah ini.
Post a Comment