OKU, Warga Istimewa atau ODK?
Pihak MFD memulakan satu usaha mendapatkan komen awam apakan nama yang sesuai untuk kita. Di bawah ini menceritakan :
Perkataan CACAT telah lama digunakan oleh orang buta, pekak, berkerusi roda atau cacat anggota semenjak merdeka. Perkataan cacat tidak membawa maksud yang negatif dan diterima oleh kumpulan tersebut.
Walau bagaimana pun, perkataan cacat dianggap negatif oleh masyarakat dan perkataan tersebut bertukar kepada OKU atau Orang Kurang Upaya pada tahun 1996.
Majoriti orang cacat tidak menerima istilah tersebut kerana tidak merujuk kepada mereka terlebih dahulu. Istilah tersebut dibantah dan dipersendakan seperti memberitahu mereka tidak kurang upaya kerana sudah mempunyai anak dan isteri 2.
Kumpulan ini juga dengan lantangnya membantah dengan memberitahu bahawa persekitaranlah yang membuat mereka jadi kurang upaya, sebagai contohnya tiada ramp untuk kerusi roda memasuki bangunan, tiada pandu arah untuk orang buta bebas bergerak dan sebagainya.
Paling malang, perkataan OKU tersebut telah melahirkan ideoloji yang memisahkan kita walaupun kerajaan memperjuangkan intergrasi nasional dan hak yang samarata.
Pendidikan khas di tubuh, kelas khas, sijil khas dan banyak lagi perkataan khas yang tidak dapat diterima, juga oleh komputer JPA semasa memohon pekerjaan.
Sudah masuk 10 tahun kita menggunakan perkataan OKU dan baru-baru ini kumpulan pelobi kita telah berjaya mengajak pembuat polisi untuk mengkaji semula istilah tersebut.
Pelbagai cadangan telah dibuat, mesyuarat, bengkel, survey, pungutan suara dan sebagainya, namun kata putus masih belum dibuat.
Oleh itu, MFD memulakan peranan dengan mengajak pembaca, penyokong, semua masyarakat mencadangkan satu nama yang paling sesuai untuk kumpulan orang buta, pekak, anggota, mental, dan sebagainya. Perkataan tersebut akan digunakan untuk semua kategori kecacatan dan bagi orang pekak tetap di panggil pekak, bagi orang buta tetap di panggil orang buta..
Apakan nama sesuai untuk kumpulan ini, satu nama yang positif dan diterima oleh semua?
1. Orang Dengan Kecacatan? Dicadang oleh Prof. Dato' Dr Ismail Salleh.
2. Orang Kurang Upaya? Dipertahankan oleh kumpulan ibubapa yang mempunai anak cacat.
3. Warga Istimewa? Dicadangkan oleh kumpulan bermasalah pembelajaran.
Orang Kelainan Upaya, Tuna dan sebagainya tidak diterima oleh JK Khas.
Keputusan anda akan mengubahkan pandangan masyarakat kepada kita.
Sila gunakan Bicara Ilmu untuk mengeluarkan pendapat anda.
No comments:
Post a Comment