Monday, June 19, 2006

PBT mesti sedia kemudahan untuk orang kurang upaya

Berita Harian, 16 jun 2003

ARKITEK dan pemilik bangunan perlu memberi perhatian serius terhadap kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) dalam setiap pelan rekaan bangunan pada masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pernah berkata bahawa perkara itu tidak perlu diwajibkan sebaliknya lahir daripada rasa prihatin terhadap kekurangan golongan berkenaan yang perlu diberi kemudahan sewajarnya.

"Kita minta mereka sediakan kemudahan untuk golongan ini sebagai satu kebiasaan, bukannya atas permintaan khas tapi lahir daripada rasa prihatin. Kita tidak boleh bersikap diskriminasi terhadap golongan ini kerana mereka juga berhak mendapat perkhidmatan dan kemudahan terbaik. Saya tidak anggap tambahan kepada kemudahan ini sebagai besar atau memerlukan perbelanjaan yang banyak." katanya.

Di samping itu Abdullah meminta seluruh masyarakat supaya tidak menganggap golongan OKU sebagai bebanan sebaliknya berusaha memastikan mereka diberi peluang latihan dan kemahiran untuk golongan itu berdikari.

Luahan Abdullah pastinya lahir daripada sikap keprihatinannya terhadap warga OKU yang mahu setiap lapisan masyarakat peka dengan kehendak dan keperluan golongan berkenaan dalam menyediakan kemudahan asas. Perkara itu turut didedahkan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang mendapati sesetengah pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak peduli kemudahan asas yang sepatutnya disediakan untuk OKU.

Menterinya, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman, berkata kegagalan PBT menyediakan kemudahan infrastruktur, khususnya laluan pejalan kaki dan laluan memasuki bangunan menyukarkan golongan itu menjalankan kegiatan harian.

"Sesebuah bandar di bawah pentadbiran PBT perlu mengambil kira segala aspek komuniti setempat, termasuk kebajikan OKU dalam memastikan golongan itu turut mendapat tempat yang sama taraf dalam kelompok masyarakat sekeliling.


"Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur {DBKL) ) lebih menonjol dalam memberikan kemudahan untuk OKU yang tidak hanya kepada laluan pejalan kaki, sebaliknya kemudahan lain di bangunan komersial.
"Malah, kementerian turut memastikan setiap bangunan baru yang akan dibina mempunyai kemudahan untuk OKU dan sekiranya kemudahan asas itu tidak dipatuhi, sijil layak menduduki (CF) tidak akan dikeluarkan.


"Sudah tiba masanya PBT di kawasan lain memberi perhatian dengan menyediakan kemudahan dan kebajikan kepada OKU termasuk kemudahan lain seperti diskaun untuk perkhidmatan pengangkutan," katanya.
Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia, Profesor Datuk Dr Ismail Md Salleh, berkata, setakat iniDBKL menampakkan tindak balas mereka terhadap OKU.


Antara tindakan yang dilaksanakan oleh DBKL ialah menyediakan papan tanda yang mesra OKU, sistem lantai khusus untuk orang buta dan tidak membenarkan sebarang kegiatan gerai di kaki lima.


"Hasil kerjasama antara pihak persatuan dengan DBKL membolehkan OKU turut selesa dan dapat menjalani kehidupan seharian sama seperti masyarakat normal," katanya, baru-baru ini.


Mengikut definisi yang diterima pakai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Orang Kurang Upaya bermakna seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagiannya daripada keperluan biasa seseorang individu dan atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan suatu kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku sejak lahir atau kemudian daripada itu.


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mengkategorikan OKU kepada empat kategori utama iaitu orang kurang upaya anggota termasuk polio, lumpuh dan spastik; orang kurang upaya penglihatan termasuk penglihatan terhad (low vision) orang kurang upaya pendengaran termasuk masalah pertuturan dan orang kurang upaya akal termasuk sindrom down serta autisme.


Dianggarkan jumlah OKU berdaftar dengan JKM adalah lebih 90,000 orang dan tidak berdaftar dianggarkan lebih 180,000 orang seluruh negara.


Tinjauan Berita Harian di sekitar Lembah Klang mendapati kemudahan untuk OKU semakih banyak dan mesra pengguna seperti di kawasan pusat belih-belah tempat letak kereta, lif, stesen dan perkhidmatan kereta api transit ringan (LRT) .


Apa yang menyedihkan ialah sikap kurang peka dan penting diri masih wujud di kalangan orang ramai. Contoh paling jelas ialah tempat letak kereta untuk kemudahan OKU digunakan sesuka hati oleh pengguna normal. Mereka turut disapa oleh wakil Berita Harian yang bertanyakan mengapa meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya.


Hanya kerana malas untuk mencari, hendak cepat dan tiada masa serta sikap atau minda masih tertutup adalah jawapan yang boleh dirumuskan terhadap orang ramai yang menggunakan kemudahan untuk OKU.


Persoalan sekarang ialah ada masyarakat masih cetek pemikiran atau buat tidak tahu sedangkan jelas terpampang logo OKU diletakkan di tempat yang sudah disediakan oleh pihak berkaitan.


Adakah tidak memadai kemudahan asas yang disediakan untuk masyarakat normal sehingga mereka sanggup berebut kemudahan asas khusus untuk OKU.

Pakej Khas untuk Golongan Istimewa (TM)


Di TM, kami sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menikmati setiap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh kami. Kami juga mempunyai tekad yang tinggi untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi setiap pelanggan yang layak di mana sahaja mereka berada. Anda sebagai Golongan Istimewa juga tidak terkecuali.

Bersempena dengan budaya penyayang korporat dalam memenuhi kehendak pelanggan, kami menawarkan pakej insentif kepada golongan istimewa yang dikenali sebagai "Pakej Penyayang"

Tawaran Menarik

Sewa bulanan PERCUMA
Panggilan ke Perkhidmatan Direktori 103 PERCUMA
Kemudahan Tambahan PERCUMA (Panggilan Menunggu atau Pemindahan Panggilan)

*Nota: Terhad kepada satu talian bagi setiap seorang pelanggan kediaman.

Cara Memohon
Untuk memohon pakej, golongan istimewa atau pemohon boleh mengunjungi TMpoint yang berdekatan dan sila bawa :-

Golongan Istimewa

Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya
Kad Pengenalan
Salinan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya dan Kad Pengenalan

Ibu bapa atau Penjaga

Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya
Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Orang Kurang Upaya
Kad Pengenalan Pemohon
Salinan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya dan Kad Pengenalan milik Orang Kurang Upaya dan juga pemohon
Surat sokongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana badan kerajaan.


Syarat-syarat dan peraturan

Tawaran ini hanya untuk Golongan Istimewa yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sahaja
Pemohon mestilah mempunyai Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat beserta dengan maklumat diri pemohon
Pemohon hanya layak bagi SATU talian telefon sahaja
Telefon akan dipasang berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon
Pemohon mestilah mengepilkan bersama-sama salinan kad pengenalan diri Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kad pengenalan diri kebangsaan
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah masih boleh memohon di bawah nama Ibubapa atau penjaga yang sah beserta surat sokongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana badan kerajaan bersama-sama dengan salinan kad pengenalan diri kebangsaan atau sijil kelahiran
Permohonan boleh dibuat melalui TMpoint atau Pejabat Jualan Telekom Tempatan.

Malaysia Today: Kita dan mereka


Kita dan mereka

Oleh Hishamuddin Rais

Pada tahun ini saya telah pergi ke Brickfeilds pada malam menyambut hari jadi Siddhartha Gautama Buddha. Sebenarnya saya telah datang ke pesta ini hampir saban tahun. Ini kerana kuil terbesar Buddha dalam kota Kuala Lumpur ini terletak tidak begitu jauh dari tempat saya tinggal.

Pada tahun ini juga untuk pertama kalinya saya juga telah pergi ke Batu Caves pada hari Thaipusam. Kali pertama saya menaiki tangga ke Batu Caves pada tahun 1960, semasa saya dalam darjah empat. Ketika itu, saya datang ke Batu Caves bersama satu rombongan sekolah dari Jelebu. Melawat Kuala Lumpur dari daerah pendalaman adalah satu yang diidam-idamkan oleh murid sekolah. Batu Caves ketika itu adalah salah satu tempat yang wajib dilawati.

Batu Caves yang saya temui di Hari Thaipusam tahun ini amat jauh berubah dari apa yang pernah saya lihat dahulu. Ianya telah begitu jauh berubah dari apa yang ditulis oleh A. Samad Ahmad dalam Nakhoda Tenggang. Buku hikayat ini telah saya baca dalam tahun 60’an.

Di kedua-dua mukim suci ini ada satu perkara yang amat jelas saya lihat. Saya ternampak begitu banyak sekali orang-orang kurang upaya/cacat – lelaki/perempuan dewasa dan kanak-kanak. Mereka ini dari semua bangsa. Ada India, Cina dan Melayu. Mereka semuanya menempatkan diri mereka di tepi-tepi jalan laluan orang ramai. Dicelah-celah ribuan manusia yang ingin melakukan ibadat ini kelihatan badan-badan manusia kerdil kurang upaya/cacat cuba meraih simpati.

Ada pelbagai bentuk kecacatan yang saya lihat – di Batu Caves dan di kuil Brickfeilds. Ada yang menjalar, ada yang menelentang, ada yang merangkak, ada yang buta, ada yang kudung, ada yang tepok. Ada yang berkudis, ada yang kaki berbalut, malah berpelbagai bentuk insan cacat. Kesemua yang cacat ini datang mencari sedekah di hari kesucian agama ini.

Di sini saya bukan ingin menimbulkan kesalahan terhadap orang kurang upaya/cacat. Apa yang ingin saya timbulkan ialah sikap kita – orang yang tidak cacat – terhadap mereka. Saya menyedari ada orang yang akan merasa ngeri, takut, terperanjat atau mual – apabila berhadapan dengan orang cacat. Gangguan perasaan melihat insan cacat ini mungkin lebih hebat dari perasaan kita apabila kita melawat wad kecemasan di hospital kerajaan.

Ini berlaku kerana apabila kita berhadapan dengan orang cacat maka dengan serta-merta sifat kita sebagai manusia akan diuji. Jika kita melihat orang cacat maka kita dengan serta-merta akan menilai diri kita yang dianggap ‘tidak cacat’. Kita berhadapan dengan satu kenyataan bahawa badan manusia ini tidak semestinya penuh dengan kesempurnaan. Dalam sekelip mata kewujudan sifat kita sebagai insan akan dicabar.

Semua perasaan-perasaan ini dapat saya fahami kenapa ianya wujud. Tetapi ada satu perkara yang ingin saya timbulkan terutama kepada kita semua yang mengakui memiliki sifat yang sempurna. Saya ingin mencari/bertanya kenapa perasaan ini timbul. Rasa saya perasaan ini timbul kerana selama ini insan yang kita anggap cacat itu telah kita jauhkan dari pandangan kita. Kita hanya terserempak dengan mereka ketika hari-hari kesucian agama – Thaipusam atau Hari Vesak.

Sebenarnya dalam masyakat mana-mana pun orang-orang cacat wujud. Dalam masyarakat semaju Eropah atau masyarakat di Dunia Ketiga, insan cacat ini sentiasa wujud. Cuma yang berbeza, di Malaysia ini saya perhatikan orang-orang cacat ini amat terpinggir. Mereka terlalu jauh dari kehidupan harian kita. Kita merasakan bahawa hanya kita yang ‘sempurna’ sahaja yang memiliki dunia ini. Orang kurang upaya/cacat wajib diperam jauh dari pandangan kita. Sikap inilah yang menjadikan kita terperanjat apabila kita berhadapan dengan insan kurang upaya/cacat.

Kita – yang mengakui sebagai insan sempurna – langsung tidak ambil peduli tentang orang-orang cacat dan keperluan mereka untuk sama-sama merayakan hidup. Kota Kuala Lumpur saya anggap terlalu ganas terhadap orang kurang upaya/cacat. Malah, Putrajaya yang dikatakan kota terancang juga tidak mesra cacat. Tidak wujud jalan-jalan khusus atau lorong-lorong untuk pengguna kerusi roda. Tidak wujud jalan-jalan khusus untuk orang buta. Tangga dan jalan yang diselirati dengan simen tembok walau pun rendah akan menjadi musuh kepada insan kurang upaya/cacat.

Gedung-gedung membeli-belah yang berdiri angkuh dalam kota kita, langsung tidak memberi perhatian kepada manusia cacat. Seolah-olah orang cacat ini adalah sampah yang akan mengotorkan gedung perniagaan. Mereka perlu dijauhkan. Justeru, gedung ini dibuat tanpa memberi ruang untuk orang kurang upaya/cacat.

Saya pernah bekerja selama 7 tahun sebagai pelayan restoran dalam kota London. Adalah menjadi satu kebiasaan untuk saya menerima pelanggan yang datang dengan kereta sorong. Ada yang datang ditolak oleh kawan, penjaga atau kekasih. Ada yang datang bersendirian dengan kereta sorong roda berinjin. Restoran kami akan menyedia meja khas untuk pelanggan kurang upaya/cacat. Pelanggan buta yang datang makan ke restoran kami adalah perkara biasa. Sebagai pelayan, saya hanya perlu menerangkan setiap jenis masakan sebelum si buta memesan.

Malah, di hujung minggu di pusat kota London, saya sering ternampak kumpulan-kumpulan orang kurang upaya/cacat - tua dan muda - berbaris dipimpin oleh seorang ketua untuk menaiki keretapi bawah tanah atau bas. Walaupun mereka cacat tetapi mereka juga dianggap sebagai anggota masyarakat. Mereka melawat pameran lukisan, melawat muzium, berlegar di kedai buku, duduk bersantai di kafe atau pergi menonton teater atau wayang. Kecacatan tidak menghalang mereka dari merayakan kehidupan.

Orang-orang cacat tidak semestinya tidak memiliki perasaan, tanpa cita-cita atau tanpa keberahian seksual. Mereka juga sama seperti kita. Tidak ada perbezaan yang hakiki di antara mereka yang cacat dengan orang yang menganggap diri mereka tidak cacat. Kekuatan fikrah kita adalah sama walaupun kekuatan fizikal mereka mungkin kurang. Biasanya dalam masyakat kita di Malaysia ini orang-orang yang tidak cacat memiliki sedikit sikap keangkuhan yang ‘patronising’. Kita tidak mahu mendirikan lantai budaya yang sama rata di antara yang cacat dengan yang tidak cacat. Lihat sahajalah kawasan Brickfields. Kawasan ini dari awal lagi telah dijadikan ‘port’ untuk orang-orang yang kurang penglihatan dan pendengaran. Wilayah ini adalah zon orang-orang buta/pekak/bisu - tempat mereka belajar, bertemu, bersiar-siar, tempat mereka membuka perniagaan rumah urut dan di sini juga berpusatnya persatuan mereka.

Tetapi bayangkan adakah kita telah menjadikan daerah ini satu wilayah yang mesra cacat? Jalan-jalan di sini, untuk orang-orang buta dan kurang upaya mungkin lebih bahaya dari jalan raya ke lapangan terbang Baghdad. Setiap masa ada sahaja ‘musuh’ yang melintas dengan laju. Saya tidak pernah ternampak seorang pemandu kereta di Brickfeilds yang akan memberikan laluan kepada orang buta untuk melintas jalan. Pemandu kereta cukup angkuh dan mungkin si pemandu menganggap orang-orang cacat ini hanya menyusahkan lalu lintas mereka.

Pada hemat saya, untuk permulaan kawasan Brickfeilds wajib diwujudkan sebagai satu wilayah mesra cacat. Kawasan ini perlu dilengkapkan dengan segala kemudahan untuk keselesaan orang-orang cacat. Jadikan wilayah ini satu kawasan percubaan awal untuk kita sama-sama melihat dan memahami apa/bagaimana seharusnya kita lakukan perkara-perkara terbaik untuk orang-orang cacat.

Selain dari menyediakan keselesaan untuk mereka merayakan hidup, kita juga wajib sedar mereka adalah warga yang memiliki hak untuk disediakan ruang. Ruang-ruang dan kemudahan sebaik mungkin untuk melonjak potensi fikrah dan kehidupan mereka seluas mungkin. Mereka juga memiliki potensi untuk memberikan sumbangan fikrah dan daya kreatif.

Saya rasa adalah satu tamparan kepada kita semua apabila orang kurang upaya/cacat datang meminta-minta sedekah di Hari Thaipusam atau di Hari Vesak setahun sekali. Ini adalah gambaran bahawa masyarakat kita sama ada Hindu, Buddha, Islam atau Kristian masih belum memahami kitab-kitab suci yang kita miliki. Untuk saya, jalan ke syurga dan Firdausi bukan di hadapan Batu Caves, di pintu kuil, di Mekah atau ke Baitulmaqdis. Jalan dan lorong ke syurga ada di hadapan mata kita. Hanya kita yang buta dan gagal melihatnya.

MAJLIS PELANCARAN KOD AMALAN PENGGAJIAN ORANG KURANG UPAYA DI SEKTOR SWASTA, PUTRAJAYA

UCAPAN Y.B. DATUK DR. FONG CHAN ONN, MENTERI SUMBER MANUSIA DI MAJLIS PELANCARAN KOD AMALAN PENGGAJIAN ORANG KURANG UPAYA DI SEKTOR SWASTA, PUTRAJAYA PADA 9 NOVEMBER 2001

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan ucapan di majlis yang penuh bermakna ini dan seterusnya merasmikan Pelancaran Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta pada hari ini.

Saya juga merasa sungguh berbangga kerana pada hari ini telah lahir sebuah Kod Amalan yang kita nanti-nantikan yang merupakan satu usaha yang murni dan mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan Orang Kurang Upaya. Ini selaras dengan aspirasi negara untuk memupuk satu masyarakat Malaysia yang penyayang. Tahniah dan syabas kepada Jabatan Buruh di atas kejayaan menyiapkan sebuah Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Golongan Orang Kurang Upaya adalah salah satu dari kumpulan sasar dalam program pembangunan sosial dan Kerajaan adalah amat komited untuk membantu mereka supaya dapat menjalani penghidupan normal sama seperti orang biasa, mendapat peluang yang sama dari segi ekonomi dan sosial dan bersama menikmati hasil dari pembangunan negara dan Kerajaan sentiasa mengambil berat menjaga dan membela nasib Orang Kurang Upaya. Kerajaan sedar bahawa Orang Kurang Upaya mempunyai hak dan hasrat yang sama seperti orang lain untuk bekerja menikmati hidup selesa, berdikari dan bersama menyumbang kepada pembangunan negara. Justeru itu bahawa usaha yang bersungguh oleh semua pihak amatlah perlu dirancang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan hidup Orang Kurang Upaya tercapai.

Sejak 10 tahun dahulu jawatankuasa Kebangsaan Penggalakan Orang Kurang Upaya di sektor swasta telah ditubuhkan dan berikutan dari itu pelbagai usaha telah dijalankan untuk menempatkan Orang kurang Upaya di dalam sektor pekerjaan. Hasil daripada usaha ini seramai 4,360 Orang Kurang upaya telah ditempatkan di sektor swasta, Bilangan ini amat kecil jika dibandingkan dengan bilangan Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu seramai 99,500 orang. Sementara itu adalah dianggarkan jumlah Orang Kurang Upaya dinegara ini adalah melebihi 220,000 orang iaitu berdasarkan kepada norma anggaran antarabangsa sekurang-kurangnya 1 % dari penduduk dunia terdiri dari Orang Kurang Upaya.

Saya pasti semua Orang-orang Kurang Upaya seboleh-bolehnya tidak mahu bergantung sahaja kepada bantuan dan belas ehsan dan menjadi beban kepada orang lain untuk penghidupan mereka. Mereka juga mahu bekerja, berdikari, dan bersama memainkan peranan dalam masyarakat yang kian maju. Bagi setiap insane, pekerjaan bukan sahaja satu hak asasi untuk berdikari dan hidup selesa, tetapi adalah juga maruah diri. Orang Kurang Upaya juga mahu dianggap sebagai rakyat yang berguna dan produktif. Saya percaya masih ramai lagi Orang Kurang Upaya yang mampu melaksanakan pelbagai jenis pekerjaan jika diberi peluang dan kesempatan. Sudah ternyata bahawa terdapat ramai pekerja Orang Kurang Upaya yang bukan sahaja setanding tetapi juga dapat menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dari pekerja-pekerja lain. Tidak dinafikan usaha untuk menempatkan Orang Kurang Upaya dalam pekerjaan sentiasa menghadapi rintangan, halangan dan sekatan-sekatan. Kita tidak sepatutnya merasa kecewa apabila menemui kegagalan dan seharusnya meneruskan usaha dan mencari pendekatan baru dan terus membantu mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Atas cadangan Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia kepada Kementerian Sumber Manusia supaya meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang kemampuan kejayaan Orang Kurang Upaya dalam bidang kerjaya di samping sebagai galakkan kepada Orang Kurang Upaya dan dorongan kepada majikan saya telah menyarankan kepada Jabatan Buruh supaya menyediakan sebuah Kod Amalan untuk Orang Kurang Upaya.

Hari ini kita akan dapat menyaksikan dengan jelas bahawa usaha-usaha kita telah membuahkan hasil yang sangat menggalakkan. Jabatan Buruh dengan bantuan beberapa pihak telah berjaya menyiapkan sebuah buku kod yang mempunyai objektif-objektif berikut :-

Pertama, sebagai garis panduan kepada agensi Kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan-pertubuhan Orang Kurang Upaya serta Orang Kurang Upaya sendiri, untuk pendaftaran dan penempatan Orang Kurang Upaya yang berkeupayaan bekerja di sektor swasta;

Kedua, meningkatkan kesedaran majikan di sektor swasta untuk segera memberi peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya; dan

Ketiga, memupuk semangat dan kesedaran supaya Orang Kurang Upaya menyiapkan diri dengan keupayaan, kelayakan dan kemahiran untuk bersaing di sektor pekerjaan agar dapat bersama menyumbang ke arah pembangunan negara.

Kod Amalan ini adalah digubal mengandungi prosedur lengkap tentang tatacara pendaftaran dan penempatan Orang Kurang Upaya secara lebih sistematik dan komprehensif. Pemakaian kod ini adalah meliputi semua golongan yang terlibat termasuklah agensi pelaksanaan, persatuan, majikan dan Orang Kurang Upaya sendiri. Semua pihak yang berkaitan mempunyai tanggungjawab yang jelas supaya memain peranan masing-masing di dalam meningkatkan penempatan Orang Kurang Upaya di sektor swasta. Jabatan Buruh adalah agensi utama yang akan meneraju dan menggerak agar penggunaan Kod Amalan ini dapat dijadikan bahan rujukan yang amat berguna dalam melaksanakan dan mengendalikan usaha meningkatkan penglibatan Orang Kurang Upaya dalam bidang pekerjaan.

Dalam konteks peranan dan skop Kod Amalan ini majikan adalah golongan yang amat penting untuk sama membantu mewujudkan peluang pekerjaan bagi Orang Kurang Upaya. Saya ingin mengesyorkan kepada setiap majikan di negara ini supaya mengikis prasangka dan pandangan negatif terhadap kebolehan dan kemampuan Orang Kurang Upaya dan membuka sebanyak mungkin peluang pekerjaan kepada mereka. Pengalaman menunjukkan bahawa jika diberi peluang serta latihan yang bersesuaian, Orang Kurang Upaya memang mampu melaksanakan sebarang tugas yang diberikan kepada mereka dengan cekap dan produktif.

Di samping itu pertubuhan Orang Kurang Upaya mempunyai tanggungjawab dan peranan yang amat penting di bawah Kod Amalan ini untuk memdorong kejayaan program ini. Saya ingin menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan Orang Kurang Upaya supaya bekerjasama di antara sama lain menuju ke arah satu dimensi berusaha untuk kebajikan masyarakat Malaysia dan sama-sama menjadi rakan kongsi dalam pembangunan di negara ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Salah satu lagi rintangan yang dihadapi oleh Orang Kurang Upaya dalam usaha mereka mendapatkan pekerjaan ialah tahap perbelajaran dan tahap kemahiran yang diperlukan. Orang Kurang Upaya perlu membuat persediaan untuk memasuki alam pekerjaan termasuklah aspek akademik dan kemahiran lain. Oleh itu institusi latihan pembelajaran, institusi latihan vokasional dan latihan kemahiran hendaklah menyediakan peluang yang sama dengan mengadakan kemudahan dan program yang sesuai untuk golongan ini berpeluang meningkatkan keupayaan mereka. Sejajar dengan usaha-usaha Kerajaan yang menjerus ke arah kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Orang Kurang Upaya perlu diberi pendedahan dan peluang yang lebih tinggi untuk meningkatkan kemahiran ICT di kalangan Orang Kurang Upaya. Trend kerjaya masa kini menjanjikan peluang yang lebih cerah kepada Orang Kurang Upaya kerana kemajuan teknologi telah memudahkan sesuatu kerja dilaksanakan. Pada masa ini peluang pekerjaan tidak lagi tertumpu kepada tenaga empat kerat tetapi lebih kepada pembangunan teknologi elektronik dan kepada ilmu dan kemahiran. Kerajaan sememangnya menggalakkan penubuhan lebih banyak industri berorientasikan automosi di sektor swasta. Oleh yang demikian, adalah digalakkan golongan Orang Kurang Upaya untuk lebih cenderung ke arah memperlengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan ICT untuk lebih berdaya saing di pasaran pekerjaan.

Tidak dinafikan bahawa di sektor swasta khususnya perlu mengambil kira kos dan keuntungan di dalam operasi yang dijalankan. Kerajaan telah memberi kemudahan perlepasan cukai bagi majikan yang menggaji Orang Kurang Upaya. Kementerian Sumber Manusia bersedia memberi penjelasan yang terperinci mengenai skim potongan cukai bagi menarik minat majikan menggaji Orang Kurang Upaya.

Dasar memperuntukan 1 % peluang pekerjaan di sektor awam seperti yang terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 merupakan satu lagi usaha positif oleh Kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi orang kurang upaya di negara ini. Berdasarkan kira-kira 800,000 pekerjaan yang wujud dalam Perkhidmatan Awam, dasar tersebut akan dapat menyediakan sekurang-kurangnya sebanyak 8,000 peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya. Semua agensi kerajaan telahpun diberi saranan supaya menimbangkan Orang Kurang Upaya bagi mengisi kekosongan di Agensi masing-masing.

Saya berharap selepas terlancarnya Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya Di Sektor Swasta, Jabatan Buruh bersama badan-badan dan agensi yang berkaitan akan meneruskan tindakan susulan dengan program yang lebih komprehensif agar matlamat untuk mengintregrasikan Orang Kurang Upaya ke dalam masyarakat dapat dicapai.

Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam menyediakan buku Kod Amalan dan menganjurkan majlis ini dengan jayanya dan dengan amat sukacita saya melancarkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya Di Sektor Swasta pada pagi ini.

Sekian, terima kasih.

DRAF AKTA ORANG CACAT 2002

Akta Bagi Orang Kurang Upaya, 2002

DRAF AKTA ORANG CACAT 2002

PENGENALAN

BAB 1
PENDAHULUAN

BAB II
PENYAMAAN PELUANG DAN PENYERTAAN PENUH

BAHAGIAN I. PENCEGAHAN DAN PENGENALPASTIAN AWAL KECACATAN
BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN
BAHAGIAN 3. PEKERJAAN
BAHAGIAN 4. PEMULIHAN
BAHAGIAN 5. AKSESIBILITI
BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN
BAHAGIAN 7. KESELAMATAN SOSIAL

BAB III
PERUNTUKAN BERKAITAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN

BAHAGIAN 1. INTEPRETASI DISKRIMINASI BERDASARKAN KECATATAN
BAHAGIAN 2. LARANGAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN
BAHAGIAN 3. DISKRIMINASI YANG MELIBATKAN GANGGUAN
BAHAGIAN 4. PENGECUALIAN

BAB IV
SURUHANJAYA ORANG KURANG UPAYA.

BAB V
KESALAHAN.

AKTA ORANG CACAT 2002
Akta Bagi Orang Kurang Upaya, 2002
PENGENALAN

Suatu akta untuk dijadikan asas bagi penyamaan peluang kepada orang kurang upaya dan untuk mengelakkan diskriminasi serta gangguan.

Matlamat Akta ini adalah:

(i)untuk memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain

ii) untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup

(iii) Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berkhak di negara ini.

BAB 1

PENDAHULUAN

1. Judul ringkas dan pendahuluan

Akta ini boleh dirujuk sebagai Akta Bagi Orang Kurang Upaya, 2002.

2. Definisi

"Kurang upaya" bererti penghalangan atau kekurangan upaya , disebabkan kecacatan , untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa.

"Penyamaan peluang" bererti proses di mana sistem masyarakat dan persekitaran , umpamanya perkhidmatan, aktiviti, maklumat dan dokumentasi, disediakan kepada semua, terutama sekali kepada mereka yang kurang upaya.

"Kecacatan" bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat psikologi, fisiologi atau bentuk atau fungsi badan.

"Kecacatan" (handicap) bererti kesulitan bagi seorang individu, disebabkan kerosakantau kecacaatan, yang menyekat atau menghalang menjalankan peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur, jantina, dan faktor sosial dan kebudayaan bagi individu tersebut.

"Menteri" bererti Mentei Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

"Pemulihan" adalah proses yang bertujuan membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan tahap optima fungsi fizikal, kederiaan, intektual, kejiwaan dan/atau sosia1 mereka, dan dengan itu melengkapkan mereka dengan peralatan untuk meningkatkan kehidupan mereka kepada tahap berdikari yang lebih tinggi. Pemulihan juga boleh merangkumi langkah untuk memberi dan/atau memulihkan fungsi, atau menampung kehilangan atau ketiadaan sesuatu fungsi atau pembatasan fungsi.

"Pihak berkuasa berkenaan" bermakna mana-mana Kementerian, atau Jabatan kerajaan persekutuan Malaysia, sebuah badan berkuasa di bawah kerajaan negeri atau tempatan yang bertanggungjawab atas pekara tersebut pada waktu berkenaan.

BAB II

PENYAMAAN PELUANG DAN PENYERTAAN PENUH

BAHAGIAN I. PENCEGAHAN DAN PENGENALPASTIAN AWAL KECACATAN

1. Berdasarkan kemampuan ekonomi dan pembangunan, pihak berkuasa berkenaan, dengan tujuan mencegah berlakunya kecacatan, akan :

(a) melaksanakan atau menyebabkan terlaksananya banci, penyiasatan dan penyelidikan mengenai punca berlakunya kecacatan;

(b) menggalakkan beberapa cara untuk mengelakkan kecacatan;

(c) memastikan bahawa kesemua kakitangan kesihatan di pusat rawatan utama mempunyai latihan serta kelangkapan yang secukupnya untuk memberi rawatan kesihatan kepada orang kurang upaya dan memastikan bahwa mereka ada akses kepada kaedah ratan dan teknolgi yang bersesuaian;

(d) mengambil langkah yang diperlukan bagi rawatan dan penjagaan bagi ibu dan anak sebelum serta selepas kelahiran anak.

(e) mewujudkan kesedaran mengenai punca kecacatan serta langkah pencegahan yang perlu diambil, melalui media massa televisyen, radio dan massa media lain.

2. Berdasarkan had lingkungan ekonomi dan pembangunan, pihak berkuasa berkenaan harus memasatikan bahawa orang kurang upaya menerima rawatan berkala serta ubatan yang diperlukan untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap fungsi mereka.

BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN

1. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan harus menerima pendidikan percuma dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan belas tahun.

2. Pendidikan bagi orang kurang upaya harus termasuk ke dalam perancangan pendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah.

3. Pihak berkenaan harus berusaha mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa.

Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa, pihak berkenaan harus -

(a) mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di peringkaat sekolah dan masyarakat umum;

(b) membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambahan dan adaptasi;

(c) menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah didapati, latihan perguruan yang berterusan dan guru penyokong.

4. Pendidikan khas boleh dipertimbangkan di mana sekolah biasa belum mempunyai kemudahan yang diperlukan atau bila mana pendidikan khas dianggap paling sesuai bagi pelajar kurang upaya berkenaan. Ia harus bertujuan menyediakan pelajar untuk dididik sekolah biasa. Kualiti pendidikan harus menggambarkan piawaian serta aspirasi sama seperti pendidikan biasa dan harus berkaitan dengannya. Secara minimum, pelajar kurang upaya harus diberi pengagihan sumber pendidikan sama seperti yang diberi kepada mereka yang bukan cacat.

5. Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapaat dinikmati semua, tumpuan khas harus diberikan kepada bidang seperti kurikulum, program pendidikan, kaedah pengajaran dan perkhidmatan sokongan.

(1) Bagi mereka yang cacat penglihatan, di peringkat tadika dan sekolah rendah, kurikulum yang diubahsuai yang merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada, latihan sensori, kemahiran hidup seharian, cara khas membaca dan menulis brel, orientasi dan pergerakan, pengetahuan asas dalam bidang komputer yang mempunyai perisian pembaca skrin, matematik, muzik dan sukan.

Persediaan untuk 'mainstreaming' harus diuruskan pada tahap awal persekolahan di peringkat sekolah rendah untuk memastikan kanak-kanak cacat penglihatan seperti kanak-kanak kurang upaya yang lain, kecuali mungkin mereka yang terencat akal, diberi pendidikan bersama rakan sebaya yang tidak cacat ke tahap yang setinggi-tingginya. Di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, mereka akan diintegrasikan bersaama pelajar lain dan mengikuti kurikulum yang sama. Pelajar yang cacat penglihatan di peringkat ini akan diberi perkhidmatan sokongan seperti bahan bacaan dalm bentuk brel atau audio, kelengkapan brel, alat pembaca, komputer yang dilengkapkan dengan kemudahan khas, alat kelengkapan bagi mereka yang kurang penglihatan, orientasi dan pergerakan, kaunseling, dan guru sumber (di sekolah menengah)

(2) Bagi mereka yang cacat pendengaran, kurikulum yang diubahsuai akan menitiberatkan kepada perkembangan komunikasi dan bahasa yang sesuai dengan keperluan pelajar. Kurikulum akan merangkumi cara khas untuk mengajar pertuturan, memahami pertuturan, latihan pendengaran dan rentak menggunakan komunikasi keseluruhan, pelbagai sensori serta pendekatan yang lain. Mereka akan diirujukan kepada staf sokongan seperti jurubahasa isyarat, otologist, audiologist, pakar pemulihan pertuturan, jurulatih auditori dan yang lain seperti diperlukan.

Berdasarkan keperluan khas bagi mereka yang pekak atau pekak-buta, pendidikan bersesuaian boleh dikendalikan di sekolah khas atau pun di kelas atau unit khas di sekolah biasa.

(3) Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik, pendidikan berkualiti akan diberi sama seperti untuk mereka di sekolah biasa, dan mereka akan dibenarkan menghadiri kelas di tingkat bawah bangunan sekolah di mana boleh. Penjadualan kelas serta pertimbangan lain akan dibuat bersesuaian dengan keperluan pendidikan mereka. Usaha akan dibuat supaya bangunan sekolah dan maktab tidak mempunyai sebarang halangan bersifat pembinaan.

(4) Bagi mereka yang terencat akal, kurikulum yang diubahsuai akan menitikberatkan latihan megurus diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharian yang berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan vokesyenal. Bagi mereka yang terencat akal yang teruk, tumpuan akan diberi kepada peningkatan kemahiran penjagaan diri.

(5) Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan seperti autisma, mereka yang bermasalah pembelajaran dan mereka yang mempunyai kecacatan pelbagai, kurikulum yang diubahsuai akan merangkumi aktiviti serta teknik penyampaian bagi menormalisasikan perlakuan dan juga kemahiran berdasarkan fungsi serta akademik untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat.

6. Pihak berkuasa berkenaan akan memulakan atau menyebabkan bermulanya penyelidikan yang bertujuan mereka bentuk dan menyediakan alat bantuan, alat bantuan pengajaran, kelengkapan khas pengajaran atau apa sahaja peralatan yang diperlukan untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada kanak-kanak kurang upaya.

7. Pihak berkuasa berkenaan akan menubuhkan insitusi latihan perguruan yang secukupnya di samping memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan untuk mengadakan rancangan pendidikan perguruan dengan pengkhususan dalam bidang mengajar pelajar kurang upaya supaya tenaga pengajar yang terlatih dapat disalurkan ke sekolah khas dan sekolah berintergrasi bagi kanak-kanak kurang upaya.

8. Dengan tidak prejudis kepada peruntukan di atas, pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan skim pendidikan yang komprehensif yang merangkumi:

pelaksanaan rancangan pendidikan individu bagi setiap kanak-kanak kurang upaya di sekolah;

· kemudahan pengangkutan bagi kanak-kank kurang upaya atau bantuan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga utnuk membolehkan anak kurang upaya mereka menghadiri sekolah;

· memberikan secara percuma buku serta alat kelengkapan khas yang diperlukan bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya;

· biasiswa bagi pelajar kurang upaya;

· mengadakan saluran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dalam menempatkan kanak-kanak mereka dalam sekolah.

BAHAGIAN 3. PEKERJAAN

1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengendalikan pjoect untuk menggalakkan penggajian orang kurang upaya, dengan:

· mewujudkan peluang pekerjaan dan mengadakan kerja yang bersesuaian untuk orang kurang upaya

· langkah untuk mereka bentuk serta mengubahsuai tempat kerja supaya memberi kemudahan akses kepada mereka yang mempunyai kecacatan yang berbeza.

· menyokong kegunaan teknologi baru serta mengeluarkan alat bantuan, dan peralatan serta mengambil langkah untuk memberi kemudahan kepada orang kurang upaya menggunakan peralatan tersebut untuk mencari kerja

· menyediakan latihan dan penempatan dalam pekerjaan yang bersesuaian serta sokongan berterusan seperti kemudahan bantuan peribadi dan jurubahasa isyarat;

· kempen kesedaran awam bertujuan menghapuskan sikap negatif serta kecurigaan terhadap orang kurang upaya

· langkah untuk meningkatkan keadaan persekitaran kerja untuk mengelakkan kecederaan semasa bekerja dan juga menyediakan kemudahan pemulihan bagi mereka yang mengalami kecederaan sewaktu bekerja.

2. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal dasar-dasar berikut untuk memastikan peluang pekjaan bagi orang kurang upaya:

· sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor awam dikhaskan bagi orang kurang upaya

· sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor swasta dikhaskan bagi orang kurang upaya

· insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan;

· Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang upaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka.

3. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi mengalakkan keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan orang kurang upaya:

· bantuan kewangan bagi perniagaan kecil yang dimiliki sendiri oleh orang kurang upaya;

· pinjaman bagi modal;

· tapak perniagaan yang sesuai bagi orang kurang upaya;

· kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan bagi orang kurang upaya;

· agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran orang kurang upaya.

BAHAGIAN 4. PEMULIHAN

1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengadakan atau menyokong penubuhan program pemulihan di peringkat kebangsaan bagi orang kurang upaya yang mengalami berbagai jenis kecacatan. Program tersebut harus berdasarkan keperluan sebenar orang kurang upaya dan atas prinsip penyertaan penuh dan penyamaan peluang.

2. Program pemulihan akan merangkumi, tetapi tidak dihadkan kepada, latihan kemahiran asas bagi meningkatkan atau menampung sesuatu fungsi yang terjejas, perkhidmatan kaunseling kepada orang kurang upaya serta keluarga mereka, menggalakkan sifat berdikari, serta perkhidmatan tidak berkala seperti penilaian dan bimbingan.

3. Perkhidmatan pemulihan tersebut akan dibka kepada semua orang kurang upaya, termasuk mereka yang mengalami kecacatan yang teruk atau pelbagai.

BAHAGIAN 5. AKSESIBILITI

1. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal polisi untuk menyediakan kemudahan akses di persekitaran serta memberi akses kepada maklumat dan komunikasi bagi orang kurang upaya.

2. Kerajaan tempatan akan memastikan bahawa pencapaian persekitaran tanpa halangan, melalui pelaksanaan undang-Undang Kecil Bangunan, akan memberi orang kurang upaya kemudahan bergerak di tempat awam dan bangunan kepunyaan pihak swasta.

3. Pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan peruntukan kewangan untuk menyediakan kemudahan bagi orang kurang upaya di bangunan kerajaan serta temapat lain yang berkaitan.

4. Pihak berkuasa akan mengadakan program komprehensif untuk membantu orang kurang upaya menggunakan kemudahan pengangkutan.

5. Pihak berkuasa akan mengadakan rancangan untuk memastikan maklumat serta dokumentasi mudah diakses oleh semua golongan orang kurang upaya. Brel, perkhidmatan rakaman, cetakan besar serta teknologi bersesuaian yang lain harus digunakan untuk memberi akses kepada maklumat bersifat peruturan bagi mereka yang cacat pendengaran.

6. Sebagai langkah untuk memudahkan komunkasi antara orang pekak dan yang lain, perkhidmatan alih bahasa isyarat akan disediakan di tempat-tempat utama seperti institusi pendidikan dan pusat perubatan manakala perkhidmatan telekomunkasi terkini seperti kamera web, persidangan video dan perkhidmatan telekomunikasi penyiaran harus diadakan.

7. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal garis panduan bagi media terutamanya televisyen, radio dan akhbar, dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi harus memastikan perkhidmatan itu boleh diakses oleh oran kurang upaya.

8. Persatuan orang kurang upaya akan dihubungi apabila,

(a) menggubal piawaian serta amalan bagi kemudahan akses kepada alam persekitaran;

(b) mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan maklumat mudah diakses;

BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN

1. Pihak bekuasa berkenaan akan mengadakan perhubungan berkala dengan persatuan orang kurang upaya untuk memastikan penyertaan mereka dalam pembangunan dasar kerajaan.

Persatuan orang kurag upaya akan mempunyai peranan mengenalpasti keperluan serta keutamaan, menyertai dalam perancangan, implimentasi dan pematauan perkhidmatan tindakan berkenaan khidupan orang kurang upaya, dan menyumbang tehadap kesedaran awam dan untuk menggalakkan perubahan.

2. Pihak berkuasa bekenaan harus menjemput persatuan orang kurang upaya memberi pandangan mereka dan mengambil keputusan dalam perancangan program yang berkaitan dengan orang kurang upaya atau yang melibatkan kedudukan sosial dan eonomi mereka.

3. Pihak berkuasa berkenaan akan, dalam jangka masa tertentu, mengumpul statistik berdasarkan jantina atau maklumat lain mengenai keadaan kehidupan orang kurang upaya. Pengumpulan statistik sedemikian boleh dilakukan semasa banci penduduk dan banci seisi rumah, dan dikendalikan dengan kerjasama, antara lain, universiti, institusi penyelidikan dan persatuan orang kurang upaya.

4. Pihak berkuasa berkenaan harus menyokong dari segi kewangan atau dengan cara lain, perkembangan, pengeluaran, penyibaran dan penyelenggaraan alat bantuan serta alat kelengkapan serta penyibaran maklumat mengenainya.

5. Pihak berkuasa harus menyokong, dengan bantuan kewangan atau selainnya, perkembangan dan penyediaan program pembantu peribadi dan perkhidmatan alih bahasa, terutamanya bagi mereka yang mengalami kecacatan teruk atau pelbagai.

BAHAGIAN 7. KESELAMATAN SOSIAL

1. Pihak berkuasa berkenaan akan memastikan bahawa pemberian bantuan pendapatan kepada orang kurang upaya yang, oleh kerana kecacatannya atau faktor yang berkaitan dengan kecacatannya, telah kehilangan pendapatan untuk sementara waktu atau menerima pendapatan yang berkurangan atau tidak diberi peluang pekerjaan.

2. Rancangan keselamatan sosial juga harus memberi insentif kepada orang kurang upaya untuk mencari pekerjaan supaya mereka boleh memperolehi pendapatan.

3. Orang kurang upaya dan keluarga mereka harus dimaklumkan tentang langkah pencegahan terhadap penderaan seksual dan juga penderaan yang lain. Orang kurang upaya mudah jadi mangsa kepada penderaan oleh keluarga, komuniti atau institusi dan mereka harus dimaklumkan bagaimana mengelakkan berlakunya penderaan, menyedari apabila berlakunya penderaan dan melaporkan perkara sedemikian.

BAB III

PERUNTUKAN BERKAITAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN

BAHAGIAN 1. INTEPRETASI DISKRIMINASI BERDASARKAN KECATATAN

1. Bagi tujan akta ini, seorang ("pendiskriminasi") mendiskriminasikan terhadap seseorang lain ("pihak yang terkilan") atas sebab kecacatan yang terkilan tersebut, sekiranya, oleh sebab kecacatan yang terkilan itu layanan atau bakal layanan yang diberi oleh pendiskriminasi dalam keadaan yang sama atau yang sekan sama adalah kurang memuaskan berbanding dengan layanan yang diberi kepadasesorang yang tidak cacat.

2. Diskriminasi Secara Tidak Langsung

Bagi tujuan akta ini, seorang (pendiskriminasi") mendiskriminasikan terhadap seseorang ("pihak yang terkilan") atas sebab kecacatan pihak yang terkilan tersebut, sekiranya pendiskrimasi menghendaki pihak yang terkilan itu memenuhi kehendak atau syarat seperti berikut:

(a) dengan mana sebahagian besar orang yang tidak mempunyai kecacatan mematuhi atau boleh mematuhi;

(b) yang tidak menasabah berdasarkan keadaan kes tersebut atau,

(c) dengan mana pihak yang terkilan tersebut itu tidak atau tidak boleh mengikut.


3. Mereka yang menggunakan alat pemulihan atau alat bantuan.

Bagi tujan akta ini, seorang ("pendiskriminasi") mendiskriminasikan terhadap seseorang lain ("pihak yang terkilan") atas sebab kecacatan pihak yang terkilan sekiranya, oleh sebab kecacatan yang terkilan tersebut, layanan atau bakal layanan yng diberi oleh pendiskriminasi adalah kurang memuaskan atas sebab yang terkilan itu diiringi oleh sesorang atau mempunyai:

(a) alat pemulihan atau alat bantuan atau,

(b) alat tambahan, yang digunakan oleh yang terkilan, atau kerana apa sahaja perkara yang berkaitan dengan fakta tersebut.

4. Mereka yang diiringi oleh jurubahasa isyarat, pembantu dsb.

Bagi tujan akta ini, seorang ("pendiskriminasi") yang mendiskriminasikan seorang kurang upaya ("pihak yang terkilan") sekiranya layanan atau bakal layanan yang diberi oleh pendiskriminasi kepada pihak yang terkilan adalah kurang memuaskan atas sebab pihak yang terkilan tersebut diiringi oleh:

(a) seorang jurubahasa,

(b) seorang pembaca

(c) seorang penjaga

(d) seorang pembantu

yang memberi perkhidmatan alih bahasa, membaca atau perkhidmatan lain kepada pihak yang terkilan oleh kerana kecacatannya, atau apa jua perkara yang berkaitan dengan fakta tersebut.

BAHAGIAN 2. LARANGAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN

1. Diskriminasi dalam pekerjaan.

(1) Majikan atau seorang yang mewakili majikan tidak boleh mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya:

(a) dalam urusan yang dilakukan untuk menentukan siapa yang boleh ditawarkan pekerjaan;

(b) dalam menentukan siapa yang boleh ditawrkan pekerjaan atau,

(c) dalam syarat atau peraturan yang dijadikan dasar bagi penawaran sesuatu pekerjaan.

(2) Majikan atau seorang yang mewakili majikan tidak boleh mendiskriminasikan seorang pekerja ats sebab kecacatannya:

(a) dalam syarat atau peraturan pekerjaan yang majikan tawarkan kepadanya;

(b) dengan tidak memberikan atau menghadkan peluang pekerja terhadap kenaikan pangkat, pertukaran tempat kerja atau latihan, atau sebarang ganjaran yang berkaitan pekerjaan;

(c) melalui pembuangan kerja atau,

(d) mendedahkan pekerja kepada kerugian lain.

2. Diskriminasi terhadap agen yang berkomisyen

(1) seorang prisipal atau orang yang mewakili prisipal tidak boleh mendiskriminasi seseorang atas sebab kecacatan orang tersebut:

(a) dalam peraturan yang dibuat untuk menentukan siapa yang boleh diambil sebagai agen berkomisyen;

(b) dalam menentukan siapa yang boleh diambil sebagai agen berkomisyen atau,

(c) dalam syarat dan peraturan yang mengawasi perlantikan agen berkomisyen.

(2) Seorang principal atau seorang yang mewakili principal tidak boleh mendiskriminasi seorang agen berkomisyen atas sebab kecacatan agen tersebut:

(a) dalam syarat dan peraturan yang prinsipal memberi kepada agen sebagai agen berkomisyen;

(b) dengan tidak memberikan atau menghadkan peluang agen dalam kenaikan pangkat, pertukaran tempat kerja atau latihan, atau apa sahaja keunutngan berkaitan dengan kedudukannya sebagai agen berkomisyen;

(c) dengan menamatkan perlantikannya atau,

(d) dengan menyebabkan berlakunya kerugian yang lain kepada agen.

3. Perkongsian

(1) Mereka yang bercadang menubuhkan perkongsian tidak boleh mendiskriminasikan seseorang lain atas sebab kecacatannya ;

(a) dalam menentukan siapa yang harus dijemput menjadi rakan kongsi dalm perkongsian tersebut atau,

(b) di bawah syarat dan peraturan yang seseorang itu dijemput menjadi rakan kongsi dalam perkongsian tersebut.

(2) Seorang atau lebih dari seorang rakan kongsi dalam perkongsian tidak boleh mendiskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatannya:

(a) dalam menentukan siapa yang harus dijemput menjadi rakan kongsi dalm perkongsian tersebut atau,

(b) di bawah syarat dan peraturan yang seseorang itu dijemput menjadi rakan kongsi dalam perkongsian tersebut.

(3) Seorang atau lebih dari seorang rakan kongsi dalm perkongsian tidak boleh mendiskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatan rakan kongsi lain itu:

(a) dengan tidak memberi aatu menghadkan peluang rakan kongsi tersebut mendapatkan keuntungan dari menjadi rakan kongsi dalam perkongsian itu;

(b) dengan membuang rakan kongsi yang lain itu dari perkongsian, atau

(c) dengan menyebabkan berlakunya kerugian lain pada rakan kongsi tersebut.

4. Badan-Badan Kelayakan

(1) Sesebuah badan berkuasa yang diberi kuasa untuk memberi, membaharui, melanjutkan tempoh atau menarik balik kuasa atau kelayakan yang diperlukan, atau yang membantu pengamalan sesuatu profesyen, menjalankan sesuatu perniagaan atau menceburi sesuatu pekerjaan, tidak boleh mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya:

(a) dengan tidak memberi atau gagal memberi, membaharui, atau melanjutkan tempoh kuasa atau kelayakan

(b) dalam syarat dan peraturan yang mengawal pemberian kuasa atau kelayakan atau untuk membaharui atau melanjutkan tempoh kuasa atau kelayakan atau,

(c) dengan menarik balik kuasa yang diberikan atau kelayakan atau mengubah syarat dan peraturan yang mengawalnya.

5. Persatuan Berdaftar

(1) Sebuah persatuan berdaftar, jawatankuasa yang menguruskan persatuan berdaftar atau ahli jawatankuasa yang menguruskan persatuan berdaftar tidak boleh mendiskriminasikan seseorang atasa sebab kecacatannya:

(a) dengan tidak mahu menerima atau tidak menerima permohonan keahliannya atau,

(b) dalam syarat dan peraturan yang mengawal kemasukan ahli ke dalam persatuan tersebut.

(2) Sebuah persatuan berdaftar, atau jawatankuasa yang menguruskan persatuan berdaftar atau ahli jawatankuasa pengurusan persatuan berdaftar tidak boleh mendiskriminasikan seorang ahli persatuan berdaftar atas sebab kecacatan ahli tersebut.

(a) dengan tidak memberikan atau menghadkan akses ahli kepada sebarang

(b) dengan tidak menawarkan keahlian atau mengubah syarat keahlian atau,

(c) dengan menyebabkan berlakunya kerugian kepada ahli tersebut.


6. Pendidikan

(1) Pihak berkuasa pendidikan tidak boleh mendiskriminasi seseorang atas sebab kecacatannya:

(a) dengan menolak atau tidak menerima permohonan kemasukannya sebagai pelajar, atau

(b) di bawah syarat dan peraturan yang mengawal pengambilan pelajar.

(2) Sesebuah badan pendidikan tidak boleh mendiskriminasikan seorang pelajar atas sebab kecacatannya:

(a) dengan tidak memberi atau menghadkan akses pelajar kepada sebarang manfaat yang disediakan oleh badan berkuasa pendidikan;

(b) dengan dibuang sekolah atau,

(c) menyebabkab berlakunya sebarang kerugian kepada pelajar

(3) Bahagian ini tidak menganggap salah di sisi undang-undang mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya di mana sekolah yang ingin dimasuki itu ditubuhkan khusus bagi pelajar yang mempunyai kecacatan tertentu dan ia tidak mempunyai kecacatan tersebut.

7. Akses ke bangunan awam

(1) tiada sesiapa harus mendiskriminasi seorang lain atas sebab kecacatannya :

(a) dengan tidak membenarkan seorang lain masuk, mengguna mana-mana bangunan atau sebahagian daripada bangunan, di mana orang awam atau sebahagian daripada orang awam berhak atau dibenarkan masuk dan meggunakannya ( sama ada dengan atau tanpa bayaran);

(b) di bawah syarat dan peraturan orang yang tersebut dahulu membenarkan seorang lain itu masuk atau mengguna bangunan-bangunan tersebut;

(c) berkaitan penyediaan kemudahan akses ke bangunan-bangunan berkenaan;

(d) dengan tidak memberi kebenaran kepada seorang lain menggunakan sebarang kemudahan di bangunan-bangunan yang orang awam atau sebahagian daaripada orang awam berhak atau dibenarkan mengguna (dengan atau tanpa bayaran);

(e) dalam syarat dan peraturan orang yang tersebut dahulu membenarkan seorang lain itu menggunakan sebarang kemudahan atau,

(f) dengan meminta seorang lain itu meninggalkan bangunan atau berhenti menggunakan kemudahan berkenaan.

8. Barangan, perkhidmatan dan kemudahan

(1) Seseorang, sama ada dengan bayaran atau tanpa bayaran menyediakan barangan atau perkhidmatan atau kemudahan, tidak boleh mendiskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatannya:

(a) dengan tidak memberi kepada seorang lain itu barangan atau perkhidmatan berkenaan atau tidak menyediakan kemudahan berkenaan bagi seorang lain itu;

(b) dalam syarat dan peraturan orang yang tersebut dahulu memberi barangan atau perkhidmatan berkenaan kepada seorang lain itu atau menyediakan kemudahan berkenaan bagi seorang lain itu atau,

(c) dalam cara orang yang tersebut dahulu memberi barangan atau perkhidmatan berkenaan atau menyediakan kemudahan bagi seorang lain itu.

9. Penginapan

(1) Seseorang tidak boleh mendiskriminasikan seorang yang lain atas sebab kecacatannya:

(a) dengan menolak permohonanaya bagi penginapan;

(b) dalam syarat atau peraturan tempat penginapan itu ditawarkan kepada seseorang itu atau,

(c) dengan menangguhkan permohonan untuk penginapan oleh seseorang itu atau tidak memberi keutamaan dalam senarai permohonan bagi penginapan.

(2) Seseorang tidak boleh mendiskriminasikan seorang yang lain atas sebab kecacatannya:

(a) dengan tidak memberi atau menghadkan akses seseorang itu kepada sebarang manfaat berkaitan dengan tempat penginapan yang diduduki oleh seorang yang lain itu;

(b) dengan mengusir keluar seorang lain itu dari tempat penginapan yang diduduki oleh seorang lain tersebut

(c) menyebabkan berlakunya kerugian kepada seorang lain itu berkaitan dengan tempat penginapan yang diduduki oleh seorang yang lain itu.

10.Tanah dan harta

(1) Seseorang tidak boleh mendiskriminasikan seorang yang lain disebabkan kecacatannya:

(a) dengan tidak membenarkan atau gagal menjual tanah atu harta atau kepentingan berkaitan tanah atau harta kepad sorang yang lain atau,

(b) dalam syarat atau peraturan berkenaan tanah atau harta atau kepentingan berkaitan tanah atu harta yang ditawarkan kepad orang yang lain.

11. Aktiviti sukan dan rekreasi

(1) Seseorang tidak boleh mendskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatan dengan tidak membenarkan orang tersebut itu menyetai aktiviti sukan atau rekreasi.

(2) Di bawah bahagian ini diskriminasi tidaklah salah di sisi undang-undang sekiranya:

(a) Seseorang itu tidak memenuhi tahap prestasi yang diperlukan bagi sukan atau rekreasi atau,

(b) sesuatu sukan diadakan hanya bagi mereka yang mengalami sesuatu kecacatan khusus, dan orang yang disebut terdahulu itu tidak mempunyai kecacatan tersebut.

BAHAGIAN 3. DISKRIMINASI YANG MELIBATKAN GANGGUAN

1. Gangguan dalam pekerjaan.

(1) Berkaitan dengan kecacatan, seseorang tidak boleh mengganggu seorang lain yang:

(a) berupa pekerja di bawahnya dan,

(b) mempuyai kecacatan.

(2) Berkaitan dengan kecacatan, seseorang tidak boleh mengganggu seorang lain yang;

(a) merupakan pekerja di bawah seseorang yang juga menjadi majikan orang yang disebut terdahulu

(b) mempunyai kecacatan.

(3) Berkaitan dengan kecacatan, seseorang tidak boleh mengganggu seorang lain yang;

(a) memohon bekerja di bawah orang yang disebut terdahulu atau di bawah majikan orang yang disebut terdahulu itu dan,

(b) mempunyai kecacatan.

2. Gangguan dalam pendidikan

Seseorang ahli tenaga pengajar institusi pendidikan tidak boleh mengganggu seorang yang lain, berkaitan dengan kecacatan, di mana orang itu:

(a) adalah pelajar institusi pendidikan terssebut atau ingin masuk sebagai pealjar si institusi pendidikan tersebut dan

(b) mempunyai kecacatan.

BAHAGIAN 4. PENGECUALIAN

1. Perlakuan yang dilakukan di bawah kuasa badan berkanun

Di bawah Bahagian ini tidaklah salah di sisi undang-undang sekiranya perlakuan seseorang itu mematuhi:

(a) kuasa badan berkanun

(b) perintah daripada mahkamah atau tribunal atau,

(c) sebarang undang-undang atau peraturan


2. Penyakit berjangkit

Di bawah Bahagian ini tidaklah salah disisi undang-undang mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya sekiranya :

(a) kecacatan seseorang itu merupakan penyakit berjangkit dan,

(b) diskriminasi dilakukan demi menjaga kesihatan awam.

3. Suruhanjaya boleh memberi pengecualian.

Suruhanjaya boleh, atas permohonan orang yang terlibat, dengan makluman secaar nota bertulis mengecualiakan pengamalan mana-mana bahagian Bab iii Bahagian 2 berdasarkan syaat dan peraturan yang terkandung dalam notis tersebut.

BAB IV

SURUHANJAYA ORANG KURANG UPAYA.

1. Penubuhan Suruhanjaya

Sebuah badan dikenali sebagai Suruhanjaya Bagi Orang Kurang Upaya (disebut di tempat lain akta ini sebagai Suruhanjaya) akan ditibuhkan bagi tujuan akta ini.

2. Keahlian

Suruhanjaya akan terdiri daripada ahli berikut yang dilantik oleh Menteri:

(a) seorang Pengerusi yang juga akan menjadi Pengeruisi Eksekutif Suruhanjaya;

(b) Empat orang yang mewakili kerajaan dan,

(c) empat orang individu yang kurang upaya atau yang mewakili persatuan orang kurang upaya.

Untuk melayakkan diri dilantik sebagai ahli Suruhanjaya, seseorang seharusnya mempunyai pengetahuan yang mendalam atau pengalaman praktikal berkenaan perkara berkaitan pemulihan atau aspek lain kecacatan.

3. Tempoh memegang jawatan.

Berdasarkan syarat dan peraturan yang terkandung dalam surat perlantikan, seorang ahli Suruhanjaya akan memegang jawatan tidak melebihi taiga tahun dan adalah layak dipilih semula.

4. Pembayaran dan perbelanjaan lain.

Parlimen boleh memperuntukkan dana yang secukup untuk pembayaran kepada ahli Suruhanjaya dan untuk perbelanjaan lain.

Suruhanjaya boleh mengadakan peraturan sendiri berkenaan pengurusan Suruhanjaya.

5. Fungsi Suruhanjaya.

· Untuk menguatkuasa kuasa yang diberi di bawah Akta ini.

· Untuk menasihatkan Menteri berkenaan diskriminasi berdasarkan kecacatan.

· Menghantar laporan kepada Parlimen mengenai penguatkuasaan Akta

· Mengambil langkah unatuk memelihara hak dan kemudahan yang diberi kepada orang kurang upaya.

· Menggalakkan kefahaman dan pengakuran serta kepatuhan Akta tersebut

· Menjalankan penyelidikan dan mengadakan program bertujuan mempromosikan objektif Akta ini.

· Menyediakan serta menerbitkan garis panduan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Suruhanjaya untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kecacatan.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya akan mengendalikan kerja Suruhanjaya dan bertanggungjawab atas perjalanan seharian Suruhanjaya. Ahli lain akan menjalankan tugas mereka di bawah pengawasan Pengerusi Eksekutif.

6. Suruhanjaya untuk mengendalikan aduan

Tanpa prejudis kepada yang terdahulu, Suruhanjaya boleh, secara sendiri atau melalui permohonan pihak yang terkilan menyiasat aduan berkenaan perkara berkaiatan :

· pelucutan hak orang kurang upaya;

· ketidakimplimentasian undang-undag; undang-undag kecil, peraturan, perintah eksekutif, garis panduan, atau arahan yang dikeluarkan oleh badan berkuasa yang berkenaan, insatitusi, badan berkanun dan badan bukan kerajaan demi kebajikan serta perlindungan hak orang kurang upaya;

· dan membawa perkara-perkara tersebut kepada badan-badan berkuasa yang berkenaan.

7. Suruhanjaya untuk menyiasat.

Bagi tujuan menjalankan fungsi pertanyaan dan penyiasatan di bawah Akta ini, Suaruhanjaya akan mempunyai kuasa yang sama seperti yang diberi kepada mahkamah di bawah Akta Mahkamah Pengadilan bagi perkara-perkara berikut :

· Saman dan penguatkuasaan kehadiran saksi-saksi;

· Memerlukan pencarian dan penyerahan dokumen;

· Permintaan rekod awam atau salinanya daripada mahkamah atau pejabat;

· Menerima bukti bagi afidavit.

8. Pendakwaan.

Selepas penyiasatan, sekiranya mengikut pendapat Suruhanjaya, terdapat keingkaran mana-mana bahagian Akta ini, Suruhanjaya boleh membawa perkara tersebut kepada pihak berkuasa berkenaan bagi tujuan pendakwaan.

BAB V

KESALAHAN

(akan digubalkan secara rundingan bersama pejabat Peguam Negara)

DISEDIAKAN OLEH

(Mah Hassan Haji Omar)
Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Teknik Perundangan,
Majlis Penasihat dan Perundangan bagi Orang Kurang Upaya
Presiden, Pertubuhan Orang Buta Malaysia

Tarikh: 16 September 2002