Friday, April 07, 2006

Sewa telefon/telekom RM1 untuk OKU

"Assalamu alaikum dan Selamat Sejahtera....

Minggu lepas saya baru dapat tahu bagi OKU yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh mendapat kadar sewa telefon dengan telekom cuma RM1 sebulan. Jika sebelum ini sewa telefon RM25 sebulan.

Dokumen yang perlu dibawa ke kedai Telekom atau TM Point ialah kad pengenalan (asal & photocopy) dan kad JKM(asal & photocopy). Kita boleh masukan nama kita sendiri atau jika telefon nama penjaga boleh masukkan nama oku tersebut. Proses ubah bil dari RM25 ke RM1 mungkin memakan masa 1 hingga 2 bulan.

Jadi bagi rakan-rakan OKU yang belum berbuat demikian, segeralah ke TM Point. Jika mengalami kesukaran ke sana wakilkan saja pada orang lain untuk membuat pendaftaran. Saya sendiri baru daftar 2 minggu lepas, layanan pegawai TM pun ok dan memuaskan, sehinggakan borang pun diorang yang isikan.

Sekadar berkongsi maklumat.

Untuk Streamyx saya masih belum ada maklumat adakah ada potongan untuk oku?

Wassallam..."

No comments: