Tuesday, April 04, 2006

SEJARAH PEMBELAAN OKU DI MALAYSIA

OLEH: ABDUL MALEK BIN HAJI OTHMAN

RUJUKAN
Md Rashid Ismail, Country Paper : Malaysia, Director, Rehabilitation Division,
Department of Social Welfare, Malaysia. 2002

Menurut kertas kerja kajian yang dibentangkan oleh Md. Rashid bin Ismail dari iaitu Pengarah Bahagian Pemulihan, Jabatan Kebajikan Sosial Malaysia bahawa sejarah pembelaan OKU di Malaysia bermula sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Perkhidmatan OKU di Malaysaia dijalankan oleh para mabaligh dan badan-badan sukarela. Program yang dijalankan adalah dalam bentuk perlindungan dan penjagaan sahaja.

Program pemulihan OKU hanya bermula selepas Perang Dunia Kedua iaitu hasil dari perubahan sosial dan ekonomi yang pesat serta pembangunan infrastruktur kesihatan dan rawatan. Kesedaran dan minat dalam program-program pemulihan bermula di Malaysia pada awal kurun ke-20.

Sejak itu, Malaysia mula menggunakan pelbagai disiplin dalam menjayakan konsep ‘Pemulihan Menyeluruh’ (total rehabilitation) termasuklah pemulihan perubatan, sosial dan vokasional. Berbagai kementerian ditugaskan dalam program pemulihan OKU termasuklah sekolah khas untuk OKU.

Suatu badan dikenali sebagai Majlis Perunding dan Penasihat, Kumpulan kerja Teknikal (Technical Working Group) ditubuhkan untuk membuat undang-undang berkenaan OKU. Draf Akta 2002 untuk OKU telah disediakan dan dibincangkan dengan NGO yang berkaitan sebelum dibentangkan di Parlimen. Di antara tujuan draf ini ialah meningkatkan penyertaan dan peluang yang sama bagi warga OKU dan tidak berlakunya diskriminasi kepada mereka. Objektifnya adalah seperti berikut:-

i. Bagi memastikan OKU di Malaysia mempunyai hak yang sama dengan masyarakat di Malaysia.

ii. Untuk menghadkan seboleh yang mungkin diskriminasi terhadap OKU dalam segala sudut kehidupan.

iii. Untuk mempromosikan dan mengalakan penerimaan OKU ke dalam masyarakat dengan peluang yang seimbang dan penyertaan penuh dalam kehidupan seperti mana warga Negara Malaysia yang lain.

Di antara kod etika yang diperkenalkan untuk OKU bagi infrastruktur bangunan awam yang diperkenalkan di antara tahun 1990-1993 iaitu

i. MS 1184:1991, Kod untuk diamalkan untuk kebebasan bergerak bagi OKU di dalam bangunan awam (Code of Practice for Access for Disabled Persons To Public Buildings).

ii. MS 1183:1990, Kod untuk diamalkan dengan maksud kebebasan bagi OKU (Code of Practice for Means of Escape for Disabled Persons)

iii. MS 1331:1993, Kod untuk diamalkan untuk kebebasan bergerak di luar bangunan (Code of Practice for Access for Disabled Persons Outside Buildings).

Dalam bidang pendidikan pula, Akta pendidikan 1996 diperkenalkan bagi membolehkan penubuhkan kelas khas untuk OKU. Di bidang pekerjaan diperkenalkan kod untuk diamalkan bagi majikan OKU di alam sektor swasta (Code of Practice of Employment of Disabled Persons in Private Sector) pada tahun 2001.

Adalah diharapkan segala akta dan kod berkenaan dapat membantu OKU berdikari dan menyertakan diri mereka ke dalam masyarakat. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membela nasib OKU. Kod yang ada hendaklah dipinda menjadi akta supaya keberkesanannya lebih jitu lagi kerana di Britain sudah diperkenalkan Akta Diskriminasai untuk OKU tahun 2005 (Disablity Discrimination Act 2005).

Semoga slogan ‘Masyarakat Penyayang’ dapat dijana dengan penglibatan semua badan sama ada kerajaan, badan sukarela, NGO dan parti-parti politik supaya OKU dapat menikmati hak dan kebebasan yang sama dengan warganegara Malaysia yang lain.

No comments: