Thursday, April 06, 2006

OKU PENGLIHATAN: PERKHIDMATAN MY VOICE

Baru-baru ini, saya menerima email dari seorang rakan OKU penglihatan saya mengenalinya dengan panggilan Ultraman Blind, walaupun saya tidak berapa mengenali beliau secara rapat dan terperinci tetapi dari email dan suara beliau saya mengagak beliau adalah seorang berbangsa cina.

Di dalam emailnya, beliau menghantar pesanan suara menggunakan mp3 yang perlu saya download terlebih dahulu. Beliau menceritakan kegunaan My Voice yang sangat berguna terutamanya pada OKU penglihatan sepertinya.

Di dalam artikel terdahulu, saya serba sedikit telah menerangkan selain dari tulisan Braille, OKU penglihatan di zaman berkembangnya teknologi ICT ini telah menggunakan perisian JAWS yang mampu menterjemahkan tulisan didalam komputer kepada suara yang membantu mereka berkomunikasi, belajar dan sebagainya.

Walaupun telah ada perisian JAWS tersebut, sebenarnya bukan semua OKU mampu memiliki komputer, bahkan ramai dikalangan OKU yang tidak tahu menggunakan komputer. Bagi OKU penglihatan alternatif terbaik bagi mereka berkomunikasi adalah menggunakan telefon atau telefon bimbit.

OKU penglihatan amat bergantung pada bunyi dan suara, jika orang biasa atau bukan OKU penglihatan, mereka biasanya menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) kerana caj yang dikenakan lebih murah dari membuat panggilan telefon. OKU penglihatan tidak dapat menggunakan SMS kerana mereka tidak dapat melihat.

Cara terbaik bagi mereka ada menggunakan perkhidmatan My Voice, mereka akan merakamkan suara selama maksima 30 saat sebelum dihantar kepada pengguna telefon atau handphone yang lain. Menurut beliau cajnya lebih murah antara 4sen hingga 16sen, maklumlah kebanyakan OKU di Malaysia ini tidak bekerja dan kalau bekerja pun dibayar dengan gaji yang murah. Cara menggunakan pun mudah hanya mendail 1555# dan ikut arahan seterusnya sahaja.

Ini adalah perkara benar kerana saya juga mempunyai rakan OKU yang berkerusi roda, sehingga kini masih menganggur walaupun beliau mempunyai master. Pergi interview sudah benyak kali tetapi masih juga gagal malah ada yang mengambil kesempatan masa interview dengan membuli beliau sehinggakan menyuruh beliau menari dengan kerusi rodanya. Betapa kejamnya manusia yang menganggap OKU hanya warga kelas tiga.

Rakan OKU buta tersebut amat berbesar hati sekiranya perkhidmatan My Voice untuk OKU penglihatan diberikan lagi sedikit diskaun oleh TELEKOM kerana menurutnya itu adalah alat komunikasi utama beliau. Beliau sudah menggunkannya beribu-ribu kali untuk menghantar pesanan dan sebagainya. OKU penglihatan amat bergantung pada bunyi dan suara untuk berdikari.

wallahu a'lam....

No comments: