PERSEPSI MASYARAKAT PADA OKU PERLU DIUBAH
OLEH: ABDUL MALEK BIN HAJI OTHMAN
Persepsi masyarakat pada OKU perlu diubah iaitu bukan semua OKU mengharapkan bantuan dan derma. OKU bagi penulis terbahagi kepada dua kategori iaitu yang tidak bermaya dan mengharapkan bantuan kebajikan dari masyarkat dan yang kedua ialah OKU yang mampu berdikari sendiri jika diberi peluang oleh masyarakat.
Oleh itu masyarakat perlu membezakan di antara kedua-dua kategori tersebut supaya bantuan dan sokongan yang diberi menepati citarasa dan keadaan mereka bak kata pepatah yang perlu diberi pancing dapat pancing, yang perlu diberi ikan dapat ikan.
Jika persepsi masyarakat dapat diubah dengan menerima kehadiran OKU dalam sudut kehidupan mereka adalah diharapkan cerita-cerita seperti graduan OKU menganggur sehingga lapan tahun, sepuluh tahun malah enam belas tahun baru dapat pekerjaan dan graduan OKU dibayar dengan gaji yang terlalu murah akan lenyap di bumi Malaysia yang tercinta ini. OKU mengharapkan keadilan dan hak yang sama sebagai warganegara
No comments:
Post a Comment