Kenapa OKU sering terpinggir dalam proses pembangunan di Malaysia?
Menurut kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) purata orang kurang upaya (OKU) diseluruh dunia mewakili 10% dari penduduk dunia. Jika kita mengambilnya sebagai congakan bilangan OKU di Malaysia mencapai kira-kira 2.2 juta orang. Ini bermakna jika semua OKU bergabung dan berdaftar dibawah Persatuan Gabungan Orang Kurang Upaya (MCD) yang merupakan NGO yang berdaftar di
Persoalannya walaupun bilangan OKU adalah ramai di
Persatuan-persatuan oku telah mencadangkan kepada kerajaan supaya melantik seorang dikalangan OKU sebagai senator bagi mewakili suara OKU di parlimen. Rasionalnya hanya OKU yang benar-benar memahami masalah OKU! Kenapa OKU perlu diwakili oleh orang normal yang tidak tahu kepayahan dan apa ertinnya hidup sebagai OKU?
Jika kita melihat secara teliti, golongan artis yang bilangannya hanya dalam beberapa ribu orang sahaja, mereka diwakili oleh seorang senator iaitu Dato Jins Shamsuddin. Persatuan Pekerja CUEPAC pernah diwakili oleh senatornya Dato Zainal Rampak. Orang-orang Asli yang bilangannya cuma 800 ribu orang ada wakil rakyatnya, malah pihak kerajaan menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHOA) yang ditadbir sendiri oleh anak-anak orang Asli.
Persoalannya kenapa kerajaan masih melengah-lengahkan lagi tuntutan melantik senator OKU oleh persatuan-persatuan yang mewakili OKU?
OKU seperti mana juga warganegara
Kenapa diskriminasi pekerjaan masih berlaku? Semakin tinggi taraf pendidikan OKU semakin sukar mereka mendapatkan pekerjaan.
Jika bekas penagih dadah yang pernah menjadi sampah masyarakat pun boleh diterima bekerja, malah kerajaan menjalankan kempen mengambil pekerja untuk bekas penagih. Apakah yang dibuat oleh kerajaan? Tiada satu kempen pun untuk mengambil pekerja OKU. Retorik memang ada kuota 1% dalam perkhidmatan awam. Hakikatnya kuota itu tidak pernah
Pernah seorang rakan OKU saya yang mempunyai master berkata yang maksudnya, dalam bilangan kita yang besar sehingga mencecah 2 juta orang sepatutnya kita bukan sahaja mempunyai senator OKU malah layak mempunyai Menteri Besar OKU. Saya rasa kita juga layak ada menteri OKU dan menubuhkan satu bandaraya OKU yang memenuhi prasarana yang diperlukan OKU.
Semoga paparan ini memberi manfaat kepada kita semua. Sedarlah bilangan OKU semakin bertambah dari hari ke hari, ada yang memang dilahirkan cacat dan ada juga yang menjadi cacat akibat kemalangan.
Wallahua’lam….
No comments:
Post a Comment